CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai lagi hebat, saya tiada apa-apa tanpa peminat – Amira Othman

14-12-2025 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8126| Komen: 158

 


Tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37), penyanyi Amira Othman tidak menyangka dapat bersaing sebaris dengan beberapa nama hebat industri muzik tanah air.

Meskipun tidak memenangi anugerah tersebut, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, menyifatkan sokongan yang ditunjukkan peminat, penyokong dan kelab peminat sebagai satu rezeki yang amat besar dan tidak ternilai.

“Memenangi atau tercalon dalam mana-mana anugerah jarang sekali saya terfikir sebab menyedari diri yang tidak ada apa-apa pun.

“Ramai lagi hebat-hebat. Tapi melihat peminat, penyokong dan kelab peminat bersungguh-sungguh sokong saya adalah satu rezeki yang tak mungkin mampu saya balas.

“Menang kalah adat pertandingan tapi yang amat besar untuk saya adalah sokongan kalian semua sepanjang perjalanan saya dlm industri,” katanya dalam hantaran Instagram.


Tambahnya lagi, segala jatuh bangun dalam kerjaya seninya tidak akan berlaku tanpa kehadiran peminat yang sentiasa berada di sisi.

“Jatuh bangun susah senang, tidak ada apa-apa pun saya tanpa kalian semua.

“Pastilah Allah yang menyusun semuanya. Terima kasih dari hati saya, sayang semua,” jelas pelantun lagu Hati Hati itu.

Sebelum ini, Ernie Zakri mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular sekali gus menewaskan Amira, Aina Abdul, Wany Hasrita dan Wani Kayrie. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 14-12-2025 04:22 PM
Sorry tanya. Dia ni popular benar ke?Banyak buat lagu? I baru tau dia selepas dia baru digossipkan dengan Fattah, pastu kawin dgn Fattah
Quote likilu 14-12-2025 06:35 PM
Tapi kaki hebat prank ko sorang je
Quote MatDeghem 14-12-2025 06:42 PM
maaf ye....nyanyian korang dua beradik boring. atas stage pun kejung ...macam tok laki kamu. tunggu mokcun ambil lagu korang jadi OST drama dia lah.

si ipan sekadar nempel dgn akak nya dan bg ipor je lah. itu je...

kata nak buat showcase kan....acik mat purcaya teket akan sold out. Keledek akan beli sorang 4 teket....

Quote MeowPARSI 14-12-2025 06:46 PM
Kesian jugak,,kalah!! Tak tercalon final top 5,, hari tu pun kalah gak dgn BA,, hehehee,,mu kene percaya dgn rezeki..chil² sudehh
Quote L.U.S.M 14-12-2025 07:03 PM
Tudung makin singkat lepas tu xhbs2 ayat feeling ayu acah baik...pdhl plastic..siapa je yg minat dia eh...rasa mcm fan pun xde huhu
Quote Miejaaa 14-12-2025 07:33 PM
Eh bosanlah dia niii
Before ni dok diam2 elok je. Hormat sebab dia dapat peluang buat haji di usia muda.
Now?? Hurmmmm bosan betol hahahaa
Quote cik_ingeniare 14-12-2025 08:28 PM
Bosannyaaaa... Ada peminat ke? Ke peminat laki dia je?
Quote che-cikL 14-12-2025 08:31 PM
Dua beradik ni nobody sgt ok tanpa melibatkan dgn Fattah
Quote kalchi 14-12-2025 08:37 PM
Dia mengandong ke? Mcm bolat sikit
Quote miss_strangers 14-12-2025 08:43 PM
Nampak baby bump bini sorga ni time pakai baju pepel ni...... peknen kot kohkoh
Quote manopBKK 15-12-2025 02:00 AM
cik_ingeniare replied at 14-12-2025 08:28 PM
Bosannyaaaa... Ada peminat ke? Ke peminat laki dia je?


Quote hyie 15-12-2025 04:42 AM
vibe2 usrah sheols terlalu kuat, sama macam wani alhamdulliah yang kuat aura ustazahnya tak apalah, sheols pon sejenis buat hal sendiri dan tak ganggu hidup orang lain. Yes, populariti sheols pada tahap bebiasa saja but who cares..asalkan dapat laki helok gicheww..hidup pun happy

btw, sheols ada degree in music kan...music kontemporari ke apa entah tu dari uitm
Quote sweetfasha 15-12-2025 07:58 AM
ala boringnya..  malas nak kecam.. sendiri mau ingatlah.

Quote tapirbiru 15-12-2025 08:12 AM
hahaha sedar pun diri.. ko tu sapa je takat lagu dua tiga ketul
Quote shalalat 15-12-2025 08:16 AM
Ni mesti over confident dah dalam hati dapat sauk award apa2 sbb dia kan perform jgk dgn dik bulu. Selalunya yg perform je dpt award. Takpe la dik mira, focus jaga laki sudah. Telekung pon ramai bagi bad review tu
Quote BoongaKertas 15-12-2025 08:25 AM
iols haritu tertengok diari AF lama psl sheols yg tidaklah seislamic yg disangka, iols terus cannot unseen her dah. plus, she patut ckp, "tanpa peminat suami sy aka keledeks yg sokong sy, sy mungkin masih suam"
Quote Samerosie 15-12-2025 08:27 AM
Edited by Samerosie at 15-12-2025 08:29 AM

Semalam my mader commented pasal bini baru pajura kohkohkoh dia ckp bini dia ni asik berkepit je ye menyanyi pun nak kena sebelah laki.  Iols x tengok tv sgt esp rancangan2 mcm ni so tk tau le ye atau idok tp bila tengok balik gambar2 si amira ni mmg kena berkepit je even dgn adik pun kena kepit gitu conpius iols ni adik ke bf? Btw purple tie kunin hodoh adik dia pakai dah mcm joker citer batman.
Quote cikmouse 15-12-2025 08:28 AM
Aku sorg jerr kerr yg rs ngantuk tahap petala ke 7 nengok nyanyian deols mlm tuuu... aiyooooo...lemauuu sungguh...baiklaaaa jemput KRU the lejen tuuu jerr arrr...oopsss lupaaaa...penganjur bajet ciputtt kottt...huhuuuuu...
Quote apedehal 15-12-2025 09:24 AM
L.U.S.M replied at 14-12-2025 07:03 PM
Tudung makin singkat lepas tu xhbs2 ayat feeling ayu acah baik...pdhl plastic..siapa je yg minat dia ...

Sape ko tnya..msti la pemenat faketah pemenat dekmirah jua..tp sbb pemenat faketah mmpu perabih duit utk laki dia je, so no award for dekmirah..shian dekmirah musti da feeling2 bakalan mendonia dgn tropi popular sbb last time kapel yg dishipped laki dia dua dua memang anugerah popular

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2026 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.080227 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top