|
Kehebatan lakonan Shukri Yahaya dan Anna Jobling dalam drama Hai Cinta Dengarkanlah membuahkan hasil apabila diangkat juara kategori sampingan Ekstra!, iaitu Gandingan Serasi Drama Popular. Sebelum ini, naskhah yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 selama dua bulan sejak September tahun lalu itu, meraih perhatian ramai pencinta drama tanah air. Rata-rata memuji kemampuan Shukri memainkan watak Adib Huzairi dan Anna (Cahaya Imani) termasuk keserasian ampuh di layar kaca biarpun ini adalah gandingan pertama mereka. Watak Cahaya Imani digalas Anna mencuri perhatian ramai, malah, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu turut memenangi trofi Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini. Anna bersyukur dengan sokongan berterusan peminat hingga memberi peluang untuk dia memenangi kategori berkenaan.
"Saya sangat bersyukur sebab peminat tidak pernah berhenti undi dan beri sokongan. Sokongan daripada peminat dan penonton membawa kami kepada kejayaan ini. "Kali pertama saya berlakon drama bersama Shukri dan ini adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Shukri adalah pelakon yang banyak membantu saya sepanjang penggambaran," katanya kepada BH Online. Drama Hai Cinta Dengarkanlah mengisahkan perjalanan hidup Cahaya Imani yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Ketika Cahaya menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharap menjadi kenyataan, musnah dalam sekelip mata. ABPBH 37 diharumkan oleh Daia, jenama penjagaan cucian terkenal, manakala kafe gaya Eropah, DOME Cafe sebagai Rakan Bersama ABPBH 37. Malam kemuncak ABPBH 37 disiarkan secara langsung TV3 dari Hotel Premiera Kuala Lumpur, di sini. ABPBH 37 bertemakan SATU Keunggulan juga boleh distrim melalui Tonton. Sumber – BH |
Aribaariba replied at 13-12-2025 12:52 AM
Takde sape ke nak ambik bella astillah berlakon? Teruk sgt ke lakonan dia?
ADVERTISEMENT