CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bukan semua duda malaikat, bukan semua janda macam syaitan’ - Fazley Yakoob

12-12-2025 10:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 990| Komen: 13

 

Masih ditakuk lama, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yakoob meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak yang gemar memberikan layanan dua darjat terhadap golongan janda berbanding duda.

Ujar Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 47, dia pelik dan kesal dengan persepsi kolot masyarakat yang seperti berat sebelah dalam menilai status seseorang selepas bercerai.

“Nak tanya, kenapa bila jadi duda semua sibuk nak kenal, tapi bila perempuan jadi janda, terus dipandang serong?

“Bukan semua duda bak malaikat dan bukan semua janda tu macam syaitan. Faham tak?,”katanya dalam Threads.

Luahan tersebut mencetuskan perbualan hangat dalam media sosial, sekali gus membuka ruang kepada orang ramai berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa masyarakat masih terperangkap dalam stigma lama.


“Status janda atau duda bukan ukuran akhlak. Baik buruk manusia bukan pada gelaran, tapi perangai. Betul kata Datuk. Kadang duda disanjung sebab ‘single again’, tapi janda ditekan seolah mereka punca masalah,” tulis pengikut.

“Dunia moden pun masih ada yang suka menilai perempuan lebih keras berbanding lelaki. Tak adil langsung. Sampai bila mentaliti lama seperti ini nak kekal?,” komen netizen.

“Tak semua perkahwinan berakhir sebab silap wanita. Ramai janda kuat, berdikari dan lebih matang selepas melalui fasa sukar,” tambah pengguna media sosial.

Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8.

Pasangan itu sah bercerai pada Oktober 2024 selepas penyanyi tersebut memfailkan perceraian beberapa bulan sebelumnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 12-12-2025 11:54 PM
Eh, bising lak ko ni.
Sbb ko antara duda yang x dipandang kan.
So ko jeles la.
X tersenarai sebagai duda hot, langsung xde sape2 nk sebut ko masuk team duda Malaysia.
Sbb ko patut masuk team janda x laku.
Quote imransulaiman 13-12-2025 03:00 AM
Dia nak cakap ramai yang nak try dia ke?
Quote Minami2013 13-12-2025 07:10 AM
Tak de nye nak double standard. Masa nora danish cerai tak de sape mengata. Emma maembong pun.. setuju komen forumer kat atas, sbb dia duda sendu gamaknya tiba2 nk up nama. Nama Que, Tok red tiba2 naik
Quote jalfa 13-12-2025 08:13 AM
Sapa lak pandang serong kat janda..elok je janda janda mendunia...janda gatal memang la orang marah..sama juga dgn duda...yang herlok tak dak sapa kecam ehh
Quote misszazaz 13-12-2025 01:19 PM
hhrmmm
Quote cm_vungtau 13-12-2025 01:23 PM
Entah aku rasa kalau duda macam ko ni takde pun orang nak pandang macam malaikat ke haper
Quote sharlenetexas 13-12-2025 02:59 PM
Nko ni duda kelempok.


Quote AWEKSAMURAI 13-12-2025 04:23 PM
Syaitan tu x tp kepam ... Haaahha tgok aliff aziz maintain duda wangi .... Hensem jah bwk diri makin bahagia si aliff tu
Quote eyansss 14-12-2025 09:37 PM
ada orang tengah mengata janda ko ke dan?
Quote prince_marhaen 15-12-2025 10:17 AM
ko feeling kau ke janda orang duk mengata tu? lepas cerai makin lorat terkeluar lemari gegayah rokiah kau...
Quote makciktijah 15-12-2025 10:51 AM
ni gambar zaman bile? nape mcm mengembang lak? bkn ke dia rajin gi gym? faktor umur ke jd makin mengembang?
Quote BoongaKertas 15-12-2025 10:51 AM
iols masih imagine heols punya imej di waktu awl masuk industri. before pakai lens warna2 ni. pls kembalikan abam yg itu.
Quote KamikuP 15-12-2025 11:29 AM
Ko sentap ke noks even Pak Mat Western pun tak mandang - kata org Perak... ekekeke


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2026 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.094056 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top