|
PENYANYI remaja, Umairah mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-37 (ABPBH37) yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, pada Jumaat. Lebih manis kejayaan itu menyaksikan Umairah atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar muncul sebagai bintang termuda yang berjaya memenangi anugerah dalam sejarah penganjuran ABPBH. Pencapaian Umairah sekali gus mengulangi sejarah keluarga apabila ibu saudaranya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah mencipta nama sebagai bintang termuda menenangi anugerah di ABP ketika berusia 17 tahun pada tahun 1997. Ketika itu, Siti berjaya membawa pulang anugerah Artis Remaja Paling Popular, Penghibur TV Paling Popular, Penyanyi Wanita Paling Popular dan Bintang Paling Popular. Umai berkata, dia mengaku menyimpan keinginan untuk menggenggam trofi seperti ibu saudaranya itu.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi. Pada usia 14 tahun, ini anugerah paling indah pernah saya dapat, memang tak pernah terfikir pun. “Tanpa sokongan semua, saya takkan berada di sini. Ini impian sejak kecil sebab saya memang minat menyanyi. Anugerah ini juga penghargaan untuk keluarga saya. “Tengok Mak Iti (panggilan Siti) menang dulu buatkan saya terinspirasi dan teringin nak menang anugerah sama seperti dia,” ujarnya. Dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular, Umai mengetepikan sembilan pencabar lain iaitu Aqeesh Aleeya, Arabella Ellen, Arena Wan, Auni Yusri, Marygrace, Qila Shahirah, Qistina Rania, Saidah Kamarudin dan Wanie Ooi. Sumber – mStar |
noor2 replied at 12-12-2025 10:25 PM
Ckp pasal siti..akak dpt 2 ticket konsert siti...1 ticket harga RM500 jer x la mampu nk dpt yg ribu2 ...
cicicumel replied at 12-12-2025 10:22 PM
Eww lagu apa dik? Carta pn x masuk.. memorable? Lambertt lagi..
ADVERTISEMENT