CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bantu Fathia Latiff bangkit semula, netizen puji kemuliaan hati Aeril Zafrel dan Wawa Zainal... "Berhentilah kecam dia, moga awak bersinar kembali" ...

12-12-2025 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2251| Komen: 28

 


PASANGAN selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tampil membantu aktres Fathia Latiff untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan selepas melalui kehidupan penuh mencabar.

Dalam satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Wawa hadir memberi senyuman kepada Fathia dengan menjemputnya sebagai tetamu dalam satu sesi siaran langsung semalam.

Kata Wawa, sebagai rakan selebriti dia akan selalu bersama Fathia untuk melihatnya terus berjaya dan menyinar.

"Buat Fathia untuk keluar daripada zon selesa bukan pilihan tapi itu adalah keperluan.

"Wawa mungkin tak faham sepenuhnya, tapi Wawa akan selalu ada untuk Fathia. Perlahan pun tidak mengapa selagi Fathia teruskan.

"Ubat luka itu hanya doa dan masa. Semua yakin satu nanti Fathia akan kembali menyinar. Kami semua sayang Fathia," tulisnya.

 


Sementara itu, meninjau ke akaun rasmi perniagaan Wawa iaitu Wawa Cosmetics, Fathia dilihat bersemangat membantu melariskan produk wangian aktres itu.

Malah Aeril juga memberi semangat kepada Fathia untuk memberanikan diri dalam siaran langsung itu dan memberi tawaran lumayan.

"Kalau Fathia berjaya dapat jualan cecah RM100,000 kami akan hantar Fathia menunaikan umrah. Tapi kalau Fathia dapat jual RM50,000 kami beri duit secara tunai,"kata Aeril.

Fathia juga tidak berhenti berterima kasih kepada Wawa dan Aeril kerana sudi menjemputnya dalam sesi siaran langsung itu.

"Terima kasih Wawa dan Aeril. Saya harap selepas ini saya akan dapat banyak tawaran kerja dan jadi seperti Wawa serta dapat bantu keluarga saya,"katanya.

Dalam beberapa perkongsian yang dimuat naik, rata-rata netizen terharu dengan sokongan luar biasa yang diberikan Wawa dan Aeril kepada Fatiya.

Malah tidak kurang juga yang menganggap Fathia masih kelihatan cantik seperti dalam drama lakonannya berjudul Ariana Rose.

"Tak pernah beli produk Wawa, tapi kali ini nak sokong. Semoga Fathia bangkit selepas ini.

"Bagus saya Wawa sokong Fathia. Biar dia lagi semangat. Berhentilah kecam dia. Moga Fathia bersinar kembali,"katanya.

Terdahulu Fathia membuat luahan di akaun Threads miliknya apabila mendakwa dirinya sudah tidak menarik dan kelihatan gemuk.

Malah Fathia juga mendedahkan dia berada pada fasa yang sukar apabila sudah lama tidak menerima tawaran lakonan sekali gus membuatkan emosinya terganggu.

Sumber – mStar
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-12-2025 10:27 PM
X de la buruk muka Fatiya...tgk muka wawa pun lebih kurang muka fatiya je bila filter  x brp ok...
Quote dua_chzy 12-12-2025 10:37 PM
Bantu apa? Tu pergunakan namanya dei, bukan bantu ikhlas sangat pun! Siap ada target jualan, pooooodah!
Quote helicornia 12-12-2025 11:44 PM
Kesian tiya dah le bermasalah dipergunakan pulak
Quote slyfynx 12-12-2025 11:51 PM
Konon bantu.
Ko gunakan die je.
Blah la weh
Quote cm_vungtau 13-12-2025 08:33 AM
Aeril and Wawa nak bantu? Kah kah kah dua2 pun gila konten
Quote doubleA 13-12-2025 11:01 AM
Terkejut iols tgk terlalu kt feed iols nampak kusss semangat patiya tapi masih nampak air muka yg sama
Quote rainbowrainz 13-12-2025 11:35 AM
Rohani dia sakit..bantulah pulihkan
Quote Prickford 13-12-2025 11:55 AM
Memula dulu ramai kecam, termasuk la iolls. Lama2 bila tengok masih ditakuk tu, stop dah. Simpati dengan nasib dia. Pernah cantik, sangat2 cantik dulu. Itu fakta. Moga ada sinar lah utk berubah dah kembali hot mcm Lindsay Lohan.
Quote kalchi 13-12-2025 04:10 PM
Tu sebab org kata jgn bangga dgn kecantikan. Dia tu prasan terpaling lawa kt mesia waktu tu. Tak sedar dek untung minah ni. Family supportive, tetapla nk cari geng yg xbetul dlu. Netizen tak payah nk sebut lagi ariana rose ariana rose. Tu sbb dia belagak tu. Ariana rose dah berlalu lama dah dek. Skrg badan pon dah mcm tong drum, muka tak payah kata la. Kawan dgn org yg baik, circle yg positif, baru la ko bole pulihkan mental dan rohani kau tu.
Quote boudinniA 13-12-2025 04:42 PM
Kan nampak macam lebih pada pergunakan fathia je. iols setuju dengan komen2 atas ni.
Quote cmf_premierleag 13-12-2025 04:44 PM
Nak ungkit2 psl ariana rose ni ibarat lopak duk ungkit2 spm 10A gitu la
Udah2 la tu..sume dh move on
Kalo dh buruk tu, buruk la jugak sbb salah sendiri kan..ms buat bende2 yg jahanamkan diri sendiri dulu tu, ada sesapa letak pistol kt kepala ke?:takde kan?
Quote evlinne 13-12-2025 06:04 PM
kalchi replied at 13-12-2025 04:10 PM
Tu sebab org kata jgn bangga dgn kecantikan. Dia tu prasan terpaling lawa kt mesia waktu tu. Tak sed ...

Ujian dia time tu kecantikan. Bila terlalu bongkak n ramai yg berkawan dgn dia sbb amek kesempatan je time tu.. tup2 Tuhan bagi ujian demi ujian, terus hanyut
Tapi iols simpati sgt2 dgn dia.. moga dia banyak2 berdoa jumpa cahaya yg benar
Quote j3m4h 14-12-2025 05:25 AM
Anggap je la zaman glam sheol dah berlalu tggl sejarah..delulu much.
Quote akies 14-12-2025 07:19 AM
Oklah tu. Dia cari income.
Lepas ni dia dh confident nak live dkt tt.
Bangkit fathia!
Quote kalchi 14-12-2025 12:42 PM
j3m4h replied at 14-12-2025 05:25 AM
Anggap je la zaman glam sheol dah berlalu tggl sejarah..delulu much.

Amboi payment dia baru kua kejap kat live wawa dah demand. Kau ingt kau diva azwana?
Quote L.U.S.M 14-12-2025 12:44 PM
cmf_premierleag replied at 13-12-2025 04:44 PM
Nak ungkit2 psl ariana rose ni ibarat lopak duk ungkit2 spm 10A gitu la
Udah2 la tu..sume dh move  ...

Quote anggeriklatifah 14-12-2025 02:02 PM
j3m4h replied at 14-12-2025 05:25 AM
Anggap je la zaman glam sheol dah berlalu tggl sejarah..delulu much.

Maakk aihh..siapa jelaaaa yg sanggupppp..dah la mcm takde komitmnt....
Quote NazRysha 14-12-2025 05:31 PM
kenapa dia tak cucuk reta atau mounjaro
masoh lawa lagi dia ni
Quote NazRysha 14-12-2025 05:32 PM
ramona zam zam ajak g gym tu dia balas ke tak tu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.116125 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top