|
PELAKON Erra Fazira membuat perkongsian semula foto dimuat naik sahabat baiknya, Datin Seri Umie Aida yang menyampaikan ucapan serta doa sempena majlis pernikahannya hari ini. Perkongsian itu secara tidak langsung memperlihatkan hubungan persahabatan mereka kekal erat, sekali gus membuktikan segala sengketa yang dikatakan pernah wujud sudah berakhir. Erra turut mengaminkan doa yang dititipkan Umie dan mengakui ucapan berkenaan memberi makna mendalam buat dirinya. “Doa yang begitu bermakna buatku. Doa yang sama ku titipkan buatmu jua. Terima kasih,” tulisnya ringkas. Terdahulu Umie memilih untuk mengenepikan segala sengketa apabila tampil mengucapkan tahniah atas pernikahan Erra yang selamat mendirikan rumah tangga dengan Ezwan Zain pada pagi Jumaat. Menerusi satu hantaran ringkas di InstaStory, Umie menitipkan doa penuh makna bersempena hari Jumaat yang disifatkannya sebagai hari penuh keberkatan.
Pada 2019 Umie tampil membuat pendedahan dikhianati sahabat baik sendiri sehingga Erra mengakui telah melakukan kesilapan dan melukai sahabatnya itu buat kali ketiga serta memohon maaf. Dalam satu pendedahan di media sosial, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa. Biarpun Umie tidak menyebut nama namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini. Sumber – mStar |
babynina30 replied at 12-12-2025 11:34 PM
Ngape theyols x kwn tetibe dulu ? B4 tu kn saling pgil makcik. Kt ig org dok tanya pasaipa. Netz x ...
F685 replied at 12-12-2025 11:38 PM
Google je jawapan ada dalam thread Cari ni
EF pun mengaku UA tu ada bukti.
F685 replied at 12-12-2025 11:38 PM
Google je jawapan ada dalam thread Cari ni
EF pun mengaku UA tu ada bukti.
mmg la diam..ada proof 

LaskarHijayu replied at 13-12-2025 01:37 AM
Nama penuh kalsom je mana dtg umi tu
KBW2 replied at 13-12-2025 09:30 AM
Bila masa dia mengaku eh?
pocongkiutss replied at 13-12-2025 10:37 AM
Hahaha..pehtu acik porem ckp dia classy mmg la diam..ada proof
Apapun semoga berbahag ...

umie belajar kenal insan dengan setan supaya x kena belit lagi
Rogue98 replied at 13-12-2025 11:54 AM
At least husband Erra ni legit biz man and gentlemen. Husband umie ntah biz apa menempel dgn Tun tib ...


ADVERTISEMENT