CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Menguruskan Ameena Seorang Diri Bukan Senang…Banyak Yang Saya Korbankan” - Shakilla Khoriri

12-12-2025 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5221| Komen: 93

 



Pelakon Shakilla Khoriri mengakui sebak meraikan majlis graduasi anak perempuannya, Ameena Sofia selepas tiga tahun melalui perjalanan awal persekolahan.

Menerusi hantaran di Instagram, Shakilla berkata tempoh tiga tahun dilalui bersama anak tunggalnya itu bukan sesuatu yang mudah.

“3 tahun yang bukan mudah untuk aku dalam dunia ‘sekolah’ untuk Ameena. Macam-macam yang terjadi sepanjang 3 tahun ini.

“Tapi aku tepis, aku telan dan aku cuba hadam untuk buat Ameena rasa seronoknya perjalanan dia belajar dalam suasana yang aman dan seronok explore dalam dunia dia dan kawan-kawan dia.

“Menguruskan Ameena sorang bukan senang tapi aku ambil semua sebagai cabaran dan hari ni aku boleh senyum tengok apa dan siapa Ameena hari ni,” katanya.

Sementara itu, Shakilla menyifatkan Ameena seorang yang ringan tulang dan suka membantu. Tambahnya lagi, bukan mudah menjadi ibu bapa dan banyak yang dia korbankan demi anaknya itu. 



“Anak yang menyenangkan. Ringan tulang dan suka tolong orang walaupun kadang kadang macam jadi orang suruhan bila masa waktu main dengan kawan yang lain. 

“Nak mendidik anak dalam dunia sekarang tak senang kan? Nak seimbangkan dia hidup berdikari, displin, hormat, tanggungjawab asas kehidupan dan macam-macam. Tapi InshaAllah. 

“Sebagai parents, berjuang lah kita untuk suatu masa ni untuk anak-anak. Banyak yang kena korbankan. Betul. Banyak yang aku korbankan untuk Ameena. Tapi aku yakin, aku mungkin banyak kalah dan lelah sekarang tapi inshaAllah Allah bantu panjangkan doa aku yang seorang pendosa ni untuk Ameena Sofia,” tulisnya.


Sumber: HibGlam, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blekkep 12-12-2025 06:05 PM
Diam la fuki
Quote laksmanabentan 12-12-2025 06:11 PM

terpaling......
Quote Shayang 12-12-2025 06:14 PM
Jadi tahun depan anak dia masuk darjah satu kat skjc tu la kan
Aku rasa aritu mcm kecoh2 masa nak mohon darjah 1
Ke lambat lg anak dia nak masuk sekolah
Rasa mcm lama benor anak dia duk tadika
Quote tahanie 12-12-2025 06:38 PM
Terpaling nak kredit?
Quote cik_ingeniare 12-12-2025 06:39 PM
Apa yang terpaling berkorban sgt tu? Ex laki culas nafkah ke? Ex laki takmau jaga anak ke? Asyik berantam je korang ni? Bingit!
Quote Akalditipumata 12-12-2025 07:49 PM
Hati tu tetap busuk
Quote akaisora 12-12-2025 08:31 PM
Gituh,terrrrpaling kau,ambik la semua.dia ja yg terpaling.
Quote adelea 12-12-2025 08:38 PM
Maaf syakappp
Diammm jelah syakillalala
Quote selipar_hijau 12-12-2025 08:48 PM
Lain kali jangan buat anak kalau rasa terbeban
Quote jiwakacau06 12-12-2025 09:17 PM
Lah....kau jd punca  rmh tgga dgn bpk ameena tu runtuh...nk bising2 knapa
Quote sukacactus 12-12-2025 09:29 PM
Aku xleh la dia ni…
Quote doubleA 12-12-2025 09:44 PM
selipar_hijau replied at 12-12-2025 08:48 PM
Lain kali jangan buat anak kalau rasa terbeban

Iols pun nak setuju mcm ni. Udah2 la asyik ckp aminah tu beban. Kalau ko beban sangat nak urus sekolah aminah, suruh jela bapak dia bela. Apa guna ada laki skg kalau masih anggap diri ibu tunggal urus semua benda, laki ko taguna tak tlg langsung ke, ke asyik bitter dengan piji? Haritu meratib suruh aminah ingat jasa mak ko dah kenapa budak tu baru 6tahun

Pity aminah dapat mak asyik meroyan tak matang, dah berlaki baru pun meroyan lagi.
Quote nazriatie 12-12-2025 10:00 PM
Aku side fizi
Quote likilu 12-12-2025 10:12 PM
Eh netizen pun boleh anxiety tau dia ni asal up post je ada aje nak throw shade sambil attack orang, apa lagi orang sekelililing dia

Ye la ex laki memang la dah bermusuh, current laki pulak memang nak cakap takde function ke apa nak pulang balik dekat wife lama dia ke?
Quote adeqbun 12-12-2025 10:32 PM
Die ni kan kalau time ameenaaa ngan bapak,meroyan kate mcm2..sindir sana sni..bile time die jaga ameena,terus terpaling byk berkorban..ko nak ape sbnrnye
Quote dua_chzy 12-12-2025 10:35 PM
SORANG JE ANAK KAU PON MEREMPAN MEMACAM!
Quote Hoola 12-12-2025 10:41 PM
terkenang balingan pampers
Quote lanse 12-12-2025 10:51 PM
Menyampahnya dia ni.
Quote Natrisyia 12-12-2025 11:09 PM
Hidup ni , senang je sebenarnya, jika kita lihat siapa yang hati tersangat tak tenang, dialah sll pemberi masalah. Hati orang tak tenang ni contoh seperti ini lah , ada saja yang nak diucap, umpama dia lah terpaking tersakiti… balik je la kepada allah, serah segala kepada allah, tawakal dan redha dengan ketentuan dia. Ada salah silap kita minta maaf , minta ampun… kalau ada salah pihak ex husband doa je la kepada allah, mujur2 kita hidup pun tenang, tak membawa dosa2 silam tu. Entah la syakila oiii …. Tgk pada luaran you pun mmg nampak mcm serabut sangat. Berubahlah , dan berdamai dengan takdir. Insyaallah tenang hidup. Fokus pada kehidupan baru.  Jgn pedulikan apa orang cakap.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055687 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top