|
Penyanyi Yuna berkata dia tetap dengan pendiriannya tidak akan bekerja dengan artis serta tidak akan kerjasama dengan jenama yang bukan pro-Palestin.
Memetik HibGlam, Yuna berkata dia sudah beberapa kali mengatakan ‘tidak’ kepada artis yang bukan pro-Palestin serta tidak boleh bekerjasama kerana solidaritinya terhadap rakyat Palestin. “Saya masih artis yang sama dan cara saya bekerja berlandaskan profesionalisme bahkan dengan semua orang. Tapi, saya ada pendirian sendiri. Contohnya, saya hanya akan bekerja dengan orang yang memang pro-Palestin. Fullstop (muktamad). “Kalau bukan pro-Palestin, saya tak nak keja dengan mereka. Bahkan, saya dah banyak kali cakap ‘tidak’ kepada artis yang bukan (pro-Palestin). “Ada seorang DJ nak pakai lagu saya, memang sangat berpengaruh (ada 8 juta followers) tapi saya terpaksa cakap dengan pengurus yang saya tak boleh (bekerjasama),” katanya. Sementara itu, Yuna berkata kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa dan turut bekerjasama dengan komposer pemenang Anugerah Grammy ke-66, Olmo Zucca yang merupakan pro-Palestin. “Alhamdulillah, setakat ini saya masih okey — saya buat hal sendiri. Ada peluang bekerja dengan orang macam Olmo Zucca (produser pro-Palestin) untuk EP akan datang, saya bersyukur. “Dia kongsi sentimen yang sama seperti saya cuma tidak tidak lantang seperti saya. Cakap tentang perjalanan muzik antarabangsa, masih berjalan seperti biasa tapi sekarang lebih selektif. “Kadang-kadang di AS rasa macam sangat sunyi tapi sekarang, ramai dah lantang bercakap tentang Palestin dan sebagainya,” katanya. Difahamkan, Yuna yang baru saja melancarkan jenama fesyen YZ Label dan bakal hadir dengan album mini (EP) The Valour Hour tidak lama lagi. Sumber: HibGlam, Rotikaya
|
dua_chzy replied at 12-12-2025 10:39 PM
Meols tatau ko buat konsert. Tau2 dah sold out.
theotherfriend replied at 15-12-2025 06:49 AM
Laku lagi la…
dua_chzy replied at 15-12-2025 04:48 PM
Laaakuuuuu. Followers dia masih ramai.
Tapi venue dia buat kecik aje.

ADVERTISEMENT