CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

12 Tahun Perkahwinan, Che Ta Sifatkan Zain Saidin Suami Yang Menyenangkan - “Terima kasih kerana memilih kehidupan ini bersama saya"

12-12-2025 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1022| Komen: 12

 



Pelakon Rozita Che Wan menitipkan ucapan istimewa dan romantis buat suaminya, Zain Saidin bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

Menerusi hantaran di Instagram, Che Ta berkata sepanjang 12 tahun perjalanan rumah tangga ada fasa ketika sukar namun mereka sentiasa tulus dan jujur.

“Dua belas tahun, sayang (15 tahun kenal, lama betul) dan entah bagaimana hati ini masih membisikkan nama yang sama setiap kali ia mencari ketenangan.

“Kita dah berkongsi satu perjalanan yang bukan selalu senang, tapi selalu jujur. Selalu tulus. Selalu kita berdua, saling menggenggam tangan.

“Bila dunia jadi susah, awaklah tempat hati ini pergi untuk berehat. Bila badai datang, awaklah ketenangan yang membawa saya kembali,” katanya.

Sementara itu, Che Ta berkata jika diberi peluang untuk hidup seribu kali, dia tetap akan memilih Zain dalam setiap kehidupan.


“Terima kasih kerana memilih kehidupan ini bersama saya. Selamat ulang tahun perkahwinan ke-12, sayang. Jika saya dapat hidup seribu kali pun, saya akan tetap mencari awak dalam setiap kehidupan dan saya tetap akan memilih awak,” tulisnya.


Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arffa 12-12-2025 09:05 PM
Happy anniversary Che Ta dan Che Zain
Quote lanacondor 12-12-2025 09:07 PM
Slmt ulang tahun che ta dan zain. Semoga bahagia2 selalu
Quote doubleA 13-12-2025 11:03 AM
Hepi aniversary. Mana ucapan zen seden plak?
Quote Vanillah 13-12-2025 07:41 PM
Akhirnya…. Setelah sekian lama, che ta pergi obersea dgn zen & ecah… hutang dah byk clear ye….
Quote sharlenetexas 13-12-2025 09:25 PM
Background merah pulak.

Quote mizterpaling88 14-12-2025 01:52 AM
allahu kakju.. hutang dh clear boleh pi overseas dah
Quote bedahmenjuyah 14-12-2025 02:47 AM
Ok noted
Quote irvene 14-12-2025 12:16 PM
tahniah nekta dah boleh p luaq negaraq. awat muka nekta macam zizi kirana neh
Quote me12345 14-12-2025 06:04 PM
Tahniah kekal dan bahagia...che ta ni ikhlas .
Quote ninja boy 14-12-2025 06:32 PM
Untunglah ada laki susah senang sama2 tolong menolong
Quote royaldanish 14-12-2025 07:40 PM
tahniah nekTa n shuaaaminya
Quote tepisket.. 15-12-2025 03:32 AM
Cmne la Zain Saidin ni faham bahasa utagha.. Serabut aku dgr Cheta ni ckp. Dgn pelat r dia.. Zain hari2 mkn laksa ke?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2026 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.044761 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top