|
Penyanyi Sissy Imann, 30, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman Dr Hamzah, 41, dalam majlis akad nikah sederhana tetapi penuh bermakna di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 9 pagi ini.
Pasangan berkenaan dinikahkan sendiri oleh bapa Sissy iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat serta rakan rapat. Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840 sebagai mas kahwin. Pertukaran hantaran turut disempurnakan mengikut adat, dengan tiga dulang daripada pihak Sissy dibalas lima dulang daripada pihak lelaki. Namun begitu, jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga. Antara hantaran paling mencuri perhatian adalah nombor plat khas kereta SIS5795, gabungan simbolik nama Sissy serta tahun kelahirannya, 1995. Jenis kenderaannya bagaimanapun masih dirahsiakan. Tidak ketinggalan, hadiah percutian bulan madu ke Rome, Itali, sebagai simbol permulaan perjalanan bahagia mereka. Majlis dimulakan dengan acara pertunangan di mana pihak lelaki menghantar satu dulang hantaran dibalas dengan tiga daripada pihak perempuan. Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan. Terdahulu, Sissy memaklumkan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati yang juga seorang doktor dalam masa terdekat ketika pelancaran single baharunya, Dengan Kamu, baru-baru ini. Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Sissy memberitahu calon suaminya itu memang tidak mengetahui langsung statusnya sebagai selebriti. "Masa saya kenal dengan dia, dia tak tahu pun saya penyanyi, artis dan pengacara. Memang dia adalah orang yang tak tengok TV. Jadi dia tak tahu pun saya siapa pada ketika itu," katanya. Sebelum ini, timbul dakwaan hati Sissy sudah dimiliki seseorang selepas dia memuat naik hantaran menunjukkannya memakai cincin, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat. Sumber : Harian Metro
|

Orix replied at 12-12-2025 12:17 PM
Laaa dgan dr zamir rupanya… dr zamir ni duda ke ?
miss_strangers replied at 12-12-2025 01:13 PM
Ada anak2.....duda la kot.....
prettyuglybabe replied at 12-12-2025 11:56 AM
cliche sangat tak tau i retis tak tau itu tak tau ini..

...Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Sissy memberitahu calon suaminya itu memang tidak mengetahui langsung statusnya sebagai selebriti...
ADVERTISEMENT