|
KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan menerima mesej daripada bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang menyatakan minat untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) jika kelabnya, Al-Nassr melakukan jelajah ke Asia. Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan perkara itu sebagai pengiktirafan yang tinggi terhadap gelanggang rasmi skuad Harimau Selatan itu. “JDT ini sangat unik, sampai saya terima mesej daripada Cristiano Ronaldo, cakap kalau Al-Nassr ada jelajah di Asia, dia cakap kalau main dekat Malaysia, dia tak nak main tempat lain, dia nak main dekat Johor sahaja. “Itu adalah satu pengiktirafan yang positif dan tinggi di mana orang puji stadium yang anda ada. Benda itu bagus dan banyak lagi yang akan saya bawa, bukan dalam bola sepak sahaja, tetapi untuk sukan-sukan lain.
“Alhamdulillah, sukan permotoran pun kita menang dan tahniah kepada Hafizh Syahrin (Abdullah). Orang semua cakap dia sudah habis, saya ambil dia bila tiada orang percayakan dia. Saya bagi dia kepercayaan dan sokongan, hari ini dia jadi juara. “Johor tak pernah ada futsal (sebelum ini), tahun pertama tiada apa-apa, tahun kedua jadi juara. JDT, tak pernah ada JDT, tahun pertama kalah, tahun kedua juara. Alhamdulillah, apa yang saya buat ini ada hasilnya,” katanya pada sesi wawancara bersama penyokong JDT, hari ini. Terdahulu, pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin melengkapkan hari gemilang arena sukan permotoran negara apabila mengesahkan gelaran ‘Raja Asia’ kelas elit ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2025 di Buriram, Thailand, Ahad lalu. Sumber – Buletin TV3 |

Decaffeinated replied at 11-12-2025 05:24 PM
Tah kenapa bila baca tajuk aku ingat Ronaldo kata dia berminat nak bersama JDT

naina replied at 11-12-2025 03:23 PM
Naikkan sukan combat plak. Mesti berduyun2 join. Sekarang tengah naik Muay Thai/boxing.

B40tastePosh replied at 12-12-2025 11:39 PM
Nik Aziz kata sukan bodoh
nusaraya replied at 13-12-2025 06:12 AM
Tahnia .. Idea GENIUS dan Phenomenal nama atau ID baru MalayDesha atau MalayDesh yang ahulu dito ...
ADVERTISEMENT