CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak salah laburkan wang untuk program ceramah yang selesa’ - Neelofa

11-12-2025 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 521| Komen: 2

 


Pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail mempertahankan harga tiket majlis ilmu dianjurkan mereka yang dikatakan agak mahal bagi sebilangan pihak.

Menurut Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 36, apa yang ditawarkan adalah setimpal dengan bayaran dikenakan.

“Kepada yang hadir, mereka tahu apa yang mereka dapat dengan nilai yang mereka laburkan. Kami buat di hotel lima bintang, makanan yang sangat mewah, ‘goodies bag’ yang sangat meriah selain intipati dan konten yang mereka dapat.

“Alhamdulilah sehingga hari ini tak ada seorang pun yang datang mengadu rasa tak berbaloi dengan apa yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Mualim Muda, di sini, hari ini.

Sementara itu, Haris atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 30, berkata, dia dan isteri cuba mengangkat program ceramah ke satu tahap yang lebih tinggi.


“Kita sudah biasa dengar ceramah di masjid, universiti dan sebagainya. Tetapi kami cuba mengangkat industri ceramah ke peringkat yang lebih tinggi. Tiada paksaan. Jika ada yang mempersoalkan harga mahal, boleh dinilai mahal itu disebabkan apa.

“Kita juga bawa rakan-rakan selebriti seperti Nora Danish, Datin Fouziah Gous, Kila Fairy untuk menceritakan pengalaman mereka secara eksklusif.

“Ada yang berpendapat kalau menonton konsert boleh bayar beribu-ribu. Sama juga bagi orang yang ingin mendapat sesi ceramah yang baik, tak salah untuk mereka melaburkan sejumlah wang untuk sesi ceramah yang selesa,” jelasnya.

Pada masa sama, Haris berharap penganjuran program itu akan dapat diperluas kepada lebih ramai orang yang berkemampuan.

“Kita memang ada rancangan untuk buat program untuk golongan pertengahan kerana kita faham keadaan itu. Nanti bila kami buat, harap-harap datanglah. Insya-Allah 31 Januari tahun hadapan,” kongsinya.

Terdahulu, menerusi beberapa hantaran dalam media sosial ada segelintir pihak meluahkan rasa kurang senang melihat harga majlis ilmu yang dianjurkan mereka. Dikatakan harga sekitar RM850 tidak wajar dikenakan untuk sebuah majlis ilmu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 12-12-2025 12:36 AM
Berapa byk benang ko nak duplicate daaaa.....buat kerja cuba guna otak sket.
Quote Nonplussed 12-12-2025 11:11 AM
Ini adalah penapisan orang.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2026 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.220548 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top