CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kejutan budaya? Penat layan manusia konon-konon baik’ - Ezzanie Jasny

11-12-2025 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 325| Komen: 0

 


Tidak berasas, pelakon Ezzanie Jasny menempelak tuduhan melampau netizen yang mendakwa dirinya berubah sikap dan mengalami ‘culture shock’ sejak nama semakin dikenali.

Ujar Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, personalitinya masih sama seperti dahulu malah tiada istilah kejutan budaya memandangkan dia sememangnya dibesarkan di kawasan bandar.

“Cakap kita kejutan budaya, sedangkan saya bukan dari kampung. Saya memang membesar di bandar.

“Mungkin mereka tidak kenal saya. Cuba ‘scroll’ lagi Instagram saya. Suka komen melulu tanpa usul periksa,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon Impiana: Karma itu, caci maki yang dihambur kepadanya seolah-olah datang tanpa usaha memahami situasi sebenar.

Pun begitu, dia memilih untuk menjaga kesihatan mental serta tidak mahu lagi memberi ruang kepada komen berunsur provokasi.


“Selepas itu, ada pula yang turut serta hentam sekali. Awak tak faham pun konteksnya apa tapi masih kata itu ‘teguran.’

“Ya Allah, naik menyampah dengan orang macam ini. Mental penat melayan manusia konon-konon baik ni,” luahnya yang merupakan bekas penuntut KDU University College.

Rata-rata netizen yang memerhati situasi tersebut melontarkan pelbagai pandangan dan reaksi berbeza.

“Orang muda, makin naik mestilah ada perubahan gaya. Tak semestinya ‘culture shock’ tapi kena muhasabah diri jugak, kalau ramai cakap macam tu, berkemungkinan dakwaan itu betul,” komen seorang netizen.

“Duduk kampung saja ke boleh kejutan budaya? Awak ingat kat bandar tiada semua tu? Awak yang kena faham konteks, jangan reti baca skrip saja, kena bijak juga baca situasi,” ujar peminat.

“Dalam dunia hiburan memang awak kena tempuh semua ini. Kalau tak mahu orang bercakap, jangan jadi artis. Semua orang melalui fasa masing-masing,” ujar seorang pengguna media sosial.

Sebelum ini, kecoh dalam media sosial apabila netizen mendakwa pelakon itu semakin sombong dan berkelakuan liar, kononnya terkesan dengan gaya hidup baru hingga berubah berbanding sikapnya yang lebih sopan suatu ketika dahulu.

Namun, tuduhan tersebut terus dipertikaikan peminat setia yang menganggap perubahan personaliti seseorang tidak boleh dinilai melalui klip pendek atau satu dua momen yang tular.  


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.024037 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top