CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Terpaling senior, bangga mengaku kaki buli, tak malu ke mak cik?’ - Arrora Salwa

11-12-2025 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4408| Komen: 77

 


Pernah bergelar anak kapal, penyanyi Arrora Salwa, menyelar tindakan segelintir pramugari serta pramugara yang berbangga menggelar diri mereka ‘kaki buli’ ketika berkhidmat dalam bidang tersebut.

Ujar Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 40, budaya membuli dalam industri penerbangan bukan sesuatu yang wajar dijadikan kebanggaan, apatah lagi dicanang secara terbuka.

“Maaf cakap eh, awak semua yang terpaling rasa senior dan bangga mengaku baling dulang. Mengaku buli tak rasa malu ke, mak cik?

“Dalam hidup ini, manusia berbeza-beza. Tak boleh nak anggap semua orang sama.

“Kalau awak dulu kena baling dengan dulang, kenapa nak bawa budaya tu ke depan? Sangat menjijikkan la, makcik. Maaf cakap la ya,” katanya dalam Threads.

Menentang sekeras-kerasnya perbuatan tersebut, pelantun lagu Ahmad itu menyifatkan golongan sebegitu hanya berani ketika berada dalam uniform.


“Orang macam ini waktu kerja rasa diri raja, membuli tak ingat dunia. Luar waktu kerja, pengecut.

“Dia yang membuli bawak 1001 aura negatif lepas tu cakap kita lemah, tapi bila kita berdiri tegak menolak buli kita pula dikata biadab,” tegasnya.

Teguran lantang itu tercetus selepas tular video daripada audio siar Borak Dalam Galley kendalian penyanyi Zarul Umbrella, memaparkan pengacara Maria Tunku Sabri sebagai tetamu jemputan.

Dalam episod tersebut, Maria menceritakan pengalamannya sebagai ketua pramugari tegas sehingga menimbulkan pelbagai interpretasi.

Klip itu mengundang reaksi meluas, malah ramai netizen menuduh Maria mempromosikan budaya membuli dalam kalangan anak kapal.

“Patutnya senior jadi pelindung, bukan penakut yang tunjuk garang depan junior,” komen seorang pengguna media sosial.

“Sudahlah membuli, bangga pula mencanang satu dunia kelakuan dia. Bagus Arrora tegur. Benda macam ni dinormalisasikan sangat sampai orang tak sedar itu salah,” ujar seorang netizen.

Insiden tersebut sekali lagi membuka perbincangan mengenai budaya kerja toksik dalam industri penerbangan dan keperluan menghentikan amalan memalukan junior atas alasan ‘tradisi’.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 11-12-2025 01:17 PM
Kenapa dia merentan, dia ke yg kena dgn maria? Adan uker lembab agi.  Btw, rambut pelasu ke tu?
Quote September14 11-12-2025 01:36 PM
Mmg perangai pbuli sgt siap aim lagi org yg dia nk kena kan tu… aku tgk live host yg ppuan tu pun dia x puas hati jgk… sapa dpt senior mcmtu mmg malang la kt tpt kje…
Quote asfaz 11-12-2025 01:38 PM
Ada tengok gak. Macam over.
Ai paling suka ulang yg hantu korea herlokkk
Quote Samerosie 11-12-2025 01:39 PM
asfaz replied at 11-12-2025 01:38 PM
Ada tengok gak. Macam over.
Ai paling suka ulang yg hantu korea herlokkk

Boleh lak antu korea tu nak abam lembut2 camtu kan hahaha
Quote cruz2 11-12-2025 01:40 PM
Jgn nk bekap sgt pembuli yer.. Amboi kat sekolah marah2 bila ada kes buli. Kalo kat tempat keje boleh pulak ckp tu normal sbb org bawahan selow buat keje etc.. Buli is buli walau kat mana, di mana, dan peringkat umur berapa yg lakukan!
Quote asfaz 11-12-2025 01:43 PM
Samerosie replied at 11-12-2025 01:39 PM
Boleh lak antu korea tu nak abam lembut2 camtu kan hahaha

hahahaha ..nak kena tembak sb rasa macho
Quote alesandra 11-12-2025 01:50 PM
Laa dia ke.kan elok dah muted.ko pulak lebih2.tapi aku mmg menyampah dengar  taro2 tu. ada yg mcm bangga pulak.lagi satu acik maria tu pasan lawa.tgk gamba lama idok la lawa pun.kalo sharifah shawati tu sampai skrg helok je
Quote Samerosie 11-12-2025 01:53 PM
alesandra replied at 11-12-2025 01:50 PM
Laa dia ke.kan elok dah muted.ko pulak lebih2.tapi aku mmg menyampah dengar  taro2 tu. ada yg mcm ba ...

Sharifah shawati ada adik syed osman chuols sama itm dgn iols.  Henskem tinggi tp pemalu. wonder rupa dia sekarang camne.
Quote miracle_forever 11-12-2025 01:57 PM
alesandra replied at 11-12-2025 01:50 PM
Laa dia ke.kan elok dah muted.ko pulak lebih2.tapi aku mmg menyampah dengar  taro2 tu. ada yg mcm ba ...


ada yg komen che ta RSO yg kena offload kat KK tu. tapi si acik rora pulak yg merentan. tak sure la yg mana satu sbnrnya. apapun acik maria mmg over.
Quote gangerina 11-12-2025 02:01 PM
akhirnya ada gak page pasal acik ozempic terlebih tu, mmg over la...aura dia mmg cam tu eh, mengundang kecaman....
Quote asfaz 11-12-2025 02:28 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DR1URi7gatJ/?igsh=djQwaTcwbHRiMHV5[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/reel/DR9lRF5gfdN/?igsh=MW84YW1oemdvMzg1[/ig]
Quote asfaz 11-12-2025 02:29 PM
Edited by asfaz at 11-12-2025 02:32 PM
miracle_forever replied at 11-12-2025 01:57 PM
ada yg komen che ta RSO yg kena offload kat KK tu. tapi si acik rora pulak yg merentan. tak sure l ...


1000220742.jpg
1000220748.jpg 1000220750.jpg
Quote alesandra 11-12-2025 02:37 PM
miracle_forever replied at 11-12-2025 01:57 PM
ada yg komen che ta RSO yg kena offload kat KK tu. tapi si acik rora pulak yg merentan. tak sure l ...

Ehh ha'ah logik nekta.arrora ni muda sgt.acik maria,nekta ni batch  kertu2. lewat 80an..awal 90an.lagipun ratu kokdiang ni mmg stail dia sampai skrg besar2 over the top gitu
Quote asfaz 11-12-2025 02:40 PM
Dia marah anak tiri siap rakam up kat media sosial/live  tu kira apa pulak?
Bukan membuli?
Sayang???
Quote A-Are 11-12-2025 02:56 PM
iols dengar podcast ni..mmg dahsyat yer MTS boleh cakap laju non stop 2jam...iols yg smeput mendengar...ada part mcm rasa sheols macam mak tiri, ada part iols mcm faham jugaklah bab safety xboleh main2 lg2 kerja dlm airline, safety first...ada je part sheols masa jd pengacara skrip kena baling, sheols nanges dlm bilik air..dgr lama2 bes je jenis happening, patutla boleh masuk bertiga besfriend..
Quote princessjay 11-12-2025 03:26 PM
maria tunku sabri ckp non stop dlm podcast,  host pn susah nk celah.. tp best je dgr..cuma bab baling dulang tu, yes terkejut why mcm tu sekali.. & die muke die nmpak lain, mybe efek kurus tu kot ye..
Quote pocongkiutss 11-12-2025 03:30 PM
asfaz replied at 11-12-2025 02:40 PM
Dia marah anak tiri siap rakam up kat media sosial/live  tu kira apa pulak?
Bukan membuli?
Sayang??? ...

Sapa? Acik rora ni ke?

Awat org kata dia lawa eh..tak ke muka camni kira kategori mcm kemik skit ikut acik porem
Quote asfaz 11-12-2025 03:38 PM
pocongkiutss replied at 11-12-2025 03:30 PM
Sapa? Acik rora ni ke?

Awat org kata dia lawa eh..tak ke muka camni kira kategori mcm kemik skit  ...

Ye dia lah.marah anak tiri
Quote sukacactus 11-12-2025 04:01 PM
Edited by sukacactus at 11-12-2025 04:03 PM

Tak pernah lg aku penat tgk podcast, tp tetamu podcast kali ni (MTS) buat aku rasa sprinted 100m
Sampai aku ckp ke laki aku, dia bertiga dgn SR & Shahora tu sapa yg nak mendengar dah semua ckp mcm popcorn pop3 je kejenya

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.115935 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top