CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah, Ambil Wuduk Pun Rasa Lega” - Nadia Brian

10-12-2025 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 801| Komen: 10

 


Pelakon Nadia Brian berkata jadual hidupnya sentiasa padat dari pagi hingga ke malam namun dia sudah biasakan diri sejak zaman sekolah dengan jadual harian.

Memetik Xtra, Nadia berkata dengan jadual harian barulah ada hala tuju yang jelas. Katanya lagi, meskipun dilihat sibuk dengan kerjaya namun tetap ada masa untuk keluarga.


“Bagi saya bila ada jadual, kita ada arah. Kalau apa yang dirancang tak menjadi pun itu belakang cerita. Yang penting kita buat dengan hati.

“Orang nampak macam saya menyibukkan diri, tapi sebenarnya tak. Saya tetap ada masa untuk keluarga dan diri saya,” katanya.

Sementara itu, Nadia berkata solat adalah sumber kekuatan terbesar dalam hidupnya dan memberi ketenangan. Tambahnya lagi, apabila rasa tertekan berwuduk membuatkan dia rasa lega.

“Solat nombor satu. Bila kita solat, kita recharge semuanya. Saya selalu anggap solat tu macam kita tengah dating dengan Allah. Lima kali sehari, itu yang buat saya rasa connected dan tenang.


“Kadang rasa tertekan, ambil wuduk pun dah lega. Stres tu normal tapi jangan sampai bawa diri ke depresi,” katanya.

Sumber: xtra, Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 10-12-2025 11:29 PM
Entahlah nadia.  Mcm tk leh nak hadam lak dengar ckp mcm tu bila tengok gambar off shoulder dgn corset ular sawa tu.
Quote clueless_gamer 11-12-2025 01:13 AM
Edited by clueless_gamer at 11-12-2025 01:15 AM

alahai posting gambar pun jenis nak memicu emosi acik porum..

nak suruh thread banyak org masuk pastu view mencanak sbb retis kena cerca berjemaah..

boleh je cari gambar yg matching kan dik non



https://gempak.com/berita-terkin ... ian-bertudung-18700
Quote Tinot7 11-12-2025 03:46 AM
Dress tu nampak bubis ka?
Quote areyam 11-12-2025 07:52 AM
Alhamdulillah.... ramai artis2 yg berubah ke arah lebih baik....
Quote pocongkiutss 11-12-2025 07:55 AM
areyam replied at 11-12-2025 07:52 AM
Alhamdulillah.... ramai artis2 yg berubah ke arah lebih baik....

Takat ckp je..modalnya air liur...sajat pun boleh ckp camtu..rogayah bonbon berdarah pun leh ckp gitu noks..cepatnya uols terharu
Quote KamikuP 11-12-2025 09:18 AM
Edited by KamikuP at 11-12-2025 01:21 AM

Netizen bifoti otak bak khatulistiwa lembab sepanjang tahun akan terkesima dan terpana kagum pabila membaca berita menunggang agama iniehh... ekekeke



Quote Chairman 11-12-2025 09:47 AM
Edited by Chairman at 29-12-2025 11:10 PM

...
Quote ekselen 11-12-2025 07:32 PM
solat tu sepatutnya jadikan diri ko lebih baik nadia oiiii.. solat tu sepatutnya perbaiki diri ko luar dalam.. bkn dalam je.. ni luar pun aduhaiiii... sbb tu setad2 soh paham setiap ayat2 bacaan dlm solat tu supaya kita tau apa maksudnya.. bkn solat sekadar solat je.. harap2 berubah lg laaa
Quote missyL 11-12-2025 07:57 PM
ekselen replied at 11-12-2025 07:32 PM
solat tu sepatutnya jadikan diri ko lebih baik nadia oiiii.. solat tu sepatutnya perbaiki diri ko lu ...

Skang org separate agama n lifestyle.
Quote missyL 11-12-2025 07:58 PM
clueless_gamer replied at 11-12-2025 01:13 AM
alahai posting gambar pun jenis nak memicu emosi acik porum..

nak suruh thread banyak org mas ...

Article rage bait mmg gini

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2026 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.043742 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top