|
Isu saman melibatkan pelakon Rita Rudaini dan Yang Dipertua Muafakat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menerusi perkongsian di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya mengambil maklum isu saman fitnah yang dikeluarkan oleh Muafakat kepada selebriti berkenaan. “Peringkat awal saya tidak mahu campur isu perbalahan antara ibubapa pelajar MRSM. “Namun atas rasa tanggungjawab saya akan panggil kedua-dua pihak bagi menjernihkan keadaan tidak sihat; bahkan tauladan yang tidak baik buat pelajar,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.
Peguam mereka, Datuk Adnan Seman, berkata, saman itu difailkan selepas mendapati Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain. Sumber: – KOSMO! ONLINE |
selepas dakwaan fitnah berlarutan

Farnor replied at 10-12-2025 03:42 AM
Apa kes c rita ni? Tak paham guwe.
manopBKK replied at 10-12-2025 12:50 AM
Tu pun ada acik2 kepam berkerak sokong.... nak suarakan pendapat boleh jgn sampai pitenoh. Ikut la ...
manopBKK replied at 10-12-2025 12:50 AM
Tu pun ada acik2 kepam berkerak sokong.... nak suarakan pendapat boleh jgn sampai pitenoh. Ikut la ...
tau2 dah grad, tau2 dah koje kekdahnyer 
Ai_kiu replied at 10-12-2025 07:11 AM
Biasa mak2 yg jenis bersorak sorai kat sosmed ni hanak2 nyer jarang sampai ke oxford hatta cambrid ...
Samerosie replied at 10-12-2025 06:45 AM
Acik ritrud maki maki ketua dan naib ketua kira mcm pibg kat mrsm anak dia merata. So derang anta ...
ADVERTISEMENT