CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Haqiem Stopa: Zul Huzaimy Minta Jangan Judge Mat Rempit, Dikelilingi Wanita Itu Biasa

9-12-2025 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 843| Komen: 8

 



Susulan isu rumah tangga pempengaruh motosikal, Haqiem Stopa, pelakon Zul Huzaimy meminta netizen agar tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap golongan mat rempit.

Memetik mStar Online, Zul berkata tidak adil melabel golongan lelaki yang terlibat dengan komuniti motosikal ‘mata keranjang’ hanya kerana isu melibatkan pempengaruh itu.

“Jangan tuduh macam itu, kita manusia ini sama saja. Mentang-mentang kami ini mat rempit konon tiada kelaslah. Maaf budak-budak motor ini hanya hujung minggu saja tapi mereka ada kerjaya. Tapi masyarakat jangan jatuhkan hukum budak rempit macam itu,” katanya.

Sementara itu, Zul berkata dia mengenali Haqiem secara peribadi serta berharap dapat selesaikan hal rumah tangga dengan isterinya dengan baik tanpa campur tangan orang luar.

“Saya kenal dia, pernah saja berjumpa dan mesej dengannya. Kahwin dia pun saya dijemput. Dia budak yang baik, cuma tak tahulah sebab cemburu atau salah faham.


“Semua orang alami perkara yang sama, kemelut rumah tangga ini biasa. Pandai-pandailah, tiada siapa pun tidur di antara bantal kau (Haqiem) dan isteri. Hanya korang berdua saja tahu. Semoga kaorang dapat cari penyelesaian terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata dia tidak menolak Haqiem dikelilingi wanita di acara-acara motosikal namun menganggap ia adalah lumrah biasa bagi seorang lelaki.

“Dia pun kaki bertongkat, kalau nakal lelaki itu biasa. Dikeliling perempuan itu normal tapi kalau lelaki. Zaman sekarang lelaki yang sudah kahwin itu lagi jadi rebutan, nak-nak usia 35 tahun ke atas memang kena jaga,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
 
 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cookeelaat 9-12-2025 11:21 PM
Geli lah. Nak back up buat statement mcm bodoh je. "saya kenal dia" but in the same sentence "cuma tak tahu lah".
Quote slyfynx 10-12-2025 12:48 AM
Muke dah elok2 hensem org melayu, gi buat blonde, terus la nmpk murah dan pasar malam
Quote missyL 10-12-2025 12:53 AM
Bodoh nye
Quote azimodin 10-12-2025 07:01 AM
"dikelilingi perempuan tu normal kalau lelaki"

Kenapa nak normalkan benda yang tak betul? Cuba kalau perempuan tulis "normal la dikelilingi lelaki", mesti kena cop sundel kan?
Quote kaedahnya 10-12-2025 07:24 AM
Wahai zulhuzaimi mengapa awaa jadi begini hahh aduhh
Quote MatDeghem 10-12-2025 12:35 PM
setuju. jantan di kelilingi wanita. jadi rebutan wanita. itu normal.


wanita juga yang rendahkan martabat nya dgn kejar jantan.
sanjung jantan. Jantan hanya dok diam2 jadi kayu. wanita juga yg terkejar kejar ......hahaha

wanita juga yg akan side jantan bila di ceraikan oleh isteri nya.
wanita juga yang akan attack wanita bila jantan nya tengok wanita lain.
wanita juga yang akan sundal sundalkan wanita lain kerana jantan nya, kerana retis jantan nya. haaaa gituuuuu


*peace*




Quote jargon 10-12-2025 02:55 PM
Pelakon yg dari kalangan mat rempit
Quote gigi 12-12-2025 02:13 PM
ko pon mat rempit

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2026 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.067333 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top