CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nubhan Sokong Bekas Isteri Jadi Artis - “Saya sentiasa sokong apa saja bidang yang ingin diceburinya"

9-12-2025 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2450| Komen: 39

 


Penyanyi Nubhan berkata dia akan menyokong apa saja bidang yang ingin diceburi bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah termasuk jika mahu menceburi bidang seni.

Memetik Media Hiburan, Nubhan malah berkata dia tidak pernah menghalang Dr Fie untuk mengejar apa yang diimpikan termasuk ketika mereka bergelar suami isteri.

“Saya sentiasa sokong apa saja bidang yang ingin diceburinya. Malah, ketika dia bergelar doktor, saya sediakan sebuah klinik buat dia. Saya sokong apa yang ingin dia buat sama ada nak jadi artis, doktor atau apa-apa saja,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kehidupannya selepas berpisah, Nubhan berkata dia mahu terus memandang ke hadapan serta fokus pada kerjaya, perniagaan dan anak-anak.

“Saya rasa perbezaannya tidaklah terlalu banyak. Saya akan teruskan dengan tugas-tugas biasa saya. Kini saya sibuk dengan GV12. Melihat pada kerjaya seni saya, meskipun masih terlalu awal nak meramal, saya pasti akan buat yang terbaik,” katanya.


Pada 2 Disember lalu, Nubhan dan Dr. Fie sah bercerai talak kedua selepas 10 tahun berumah tangga. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.


Sumber: Media Hiburan, Rotikaya
 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 9-12-2025 10:02 PM
Ko bior benor fie
Quote lanacondor 9-12-2025 10:10 PM
Model tudung kot.. kalau menyanyi berlakon mana ada masa. Doktor kan
Quote Hoola 9-12-2025 10:18 PM
mantan bini2 retis mendonia
Quote pocongkiutss 9-12-2025 10:39 PM
Fie ni dlm gambar mcm boleh la..tp hr tu iols tertgk video interview dia..eh lawo jugak la kan..tp dlm gambar mcm kureng sket
Quote noor2 9-12-2025 10:53 PM
Ada iras shuringai
Quote missyL 10-12-2025 12:54 AM
pocongkiutss: Fie ni dlm gambar mcm boleh la ...

Lawa die.
Putih
Xde mekap pn lawa
Quote missyL 10-12-2025 12:54 AM
Siboknye nk komen pasal ex
Diam lah
Quote LadyCarefree 10-12-2025 02:26 AM
Nuban dah tone down sungguh. Takut produk kena boikot kot?
Quote doubleA 10-12-2025 03:11 AM
Ex-ex retis ni sama naik fefeeling retis ke? Masih nak tumpang glamer ex nampak sangat suka publisiti
Quote nisako 10-12-2025 09:28 AM
mcm cmcmm
Quote TomyamPuteh 10-12-2025 09:31 AM
Aku rasa mcm  diorg ni cerai main main ni.Lepas Nubhan jadi juara GV diorg get back balik la.Logik tak teori sampah Aku ni?
Quote manopp 10-12-2025 09:44 AM

Quote emera 10-12-2025 09:46 AM
Si fie ni practise ke idok? Mcm x keje jd dentist je.
Quote likilu 10-12-2025 11:33 AM
LadyCarefree replied at 10-12-2025 02:26 AM
Nuban dah tone down sungguh. Takut produk kena boikot kot?

Nk cuba ikut kamal bg statement syg n hormat isteri netizen sokong so dia pun nak

Padahalll
Quote Incanto 10-12-2025 01:14 PM
TomyamPuteh replied at 10-12-2025 09:31 AM
Aku rasa mcm  diorg ni cerai main main ni.Lepas Nubhan jadi juara GV diorg get back balik la.Logik t ...

mengamuk jiran sekampung kang
Quote Incanto 10-12-2025 01:15 PM
likilu replied at 10-12-2025 11:33 AM
Nk cuba ikut kamal bg statement syg n hormat isteri netizen sokong so dia pun nak

Padahalll

kan.. mana tahu dapat offer jadi duta Jakel

Jakel kaut semua duda
Quote cm_vungtau 10-12-2025 01:28 PM
Eh terpaling la kau. Masa kawin hari tu sibuk terpaling doktor terpaling kena hantaran tinggi. Kosser aku.
Quote sphinx 10-12-2025 02:28 PM
masa awal2 dulu dok Amber Heard bagai but now agaknya tgk Kamal Adli dpt support yg positive, so dia pun choose that approach kot. tambah plak tgh bertanding skrg kan, tgh pancing peminat..kena la behave dulu kot ada chance pasni buat album and start active nyanyi balik secara komersial ke
Quote MakcikTermenong 10-12-2025 02:41 PM
TomyamPuteh: Aku rasa mcm  diorg ni cerai main main ni.Lepas Nubhan jadi juara GV diorg get back balik la.Logik tak teori sampah Aku ni?


Hahaha...makcik pun rase begitu jugek..Nih semua PUBLISITI SIFIR untuk lelaki terpaling nih..sebab kan EX bini dia nih selalu menurut sangat kat beliau nih..kena maki..kena tunjal..macam reda je...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2026 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051329 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top