CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Emas, Risau Orang Kampung Mengata - "Saya suka jenis emas gajah kerana tak mudah bengkok"

9-12-2025 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1228| Komen: 24

 


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dirinya seorang penggemar serta mempunyai minat mendalam terhadap emas.

Memetik mStar Online, Aliff berkata dia mempunyai hobi mengumpul emas sejak zaman remaja lagi dan pernah membuat pembelian emas mencecah ratusan ribu ringgi dalam satu masa.

“Saya memang penggemar tegar emas dan pernah beli sampai RM100,000 pada satu waktu. Saya suka jenis emas gajah kerana tak mudah bengkok, tak mudah rosak dan paling penting, senang nak jual balik,” katanya.

Sementara itu, Aliff mengakui ada rasa segan apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida jarang memakai barang kemas walaupun dia mampu menyediakannya.

Malah, persepsi masyarakat terutama di kampung membuatkan dia lebih berhati-hati memandangkan penampilan isteri sering dikaitkan dengan kemampuan suami.

“Isteri saya ini pemalas pakai emas. Kadang-kadang sebagai suami saya malu dan rasa aib sebab nanti orang kampung akan mengata.


“Pada saya, suami yang hebat adalah mereka yang tidak biarkan isteri nampak ‘kosong’. Untuk jadi suami yang dikagumi, jangan bagi malu… beri isteri pakai barang kemas. Hebatnya suami apabila isteri disaluti barang kemas,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff melihat ramai individu yang lebih mengejar barangan mewah berjenama berbanding aset sebenar seperti emas. Katanya lagi, nilai emas lebih stabil dan mudah dicairkan.

“Ramai orang berkira nak beli emas sebab nak kejar diamond, nak kejar white gold. Tapi sebenarnya, beli emas kuning dulu sebab emas adalah aset. Tak rugi.

“Beg tangan atau barangan berjenama, beli hari ini, esok dah jatuh nilai 40 peratus. Tapi emas, beli hari ini, tahun depan boleh naik,” katanya.


Sumber: mStar Oline, Rotikaya
 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 10-12-2025 12:51 AM
Sementara itu, Aliff mengakui ada rasa segan apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida jarang memakai barang kemas walaupun dia mampu menyediakannya.


Die ni mmg bodoh nak mampos ke hape ni?
Riak mcm setan.
Ko tkt nmpk bini ko miskin ke?
Org kaya x pakai mas mcm pokok krismas.
Ko je yang bersungguh2 nk tunjuk ko kaya supaya ramai melayu yang kagum dan sokong ko.
Yng melayu B40 pun berduyun2 sokong beli mangga overclaim.
Sokong melayu konon.
Leh gi terjun gaung sana
Quote manopBKK 10-12-2025 01:05 AM
Lahai belut letrik ni. Dah ni 2026… masih dgn konten haprak sembang cam ko je berduit. Cringe!
Quote Didi_dido 10-12-2025 01:18 AM
Hmm..nk buka kedai buka emas plak ke?
Quote nono86 10-12-2025 02:27 AM
Suami yang hebat adalah mereka yang tak biarkan isteri nampak kosong?????? Wow, jangan kau lupa apa yang kau ade semua dari ALLAH. jadi suami² yang tak mampu hias emas pada bini dia walaupun semua keperluan cukup untuk bini dia tu, suami yang tak bergune ke? Dan bini² yang suami tak mampu beri barang kemas ni akan rasa laki dia tak hebat bila dengar kata² kau ni.. hari cakap nak berubah, tapi jadi balik macam dulu
Quote ninja boy 10-12-2025 03:46 AM
Untunglah anak bini, nak jadi anak angkat boleh tak
Quote makcun14 10-12-2025 08:25 AM
Sabar sungguh bini dia ya. pekak kan telinga je la hadap perangai suami demi duit and the kids.
Quote Ai_kiu 10-12-2025 08:30 AM
Aduh tokkkk.. yela aiols lupa dia ongkaya kelas belakang mmg kena show off segala baru bisnes up balik sbb dah sendurina..
Ongkaya kelas depan ni less is more gitew.
Bini2 diorang pakai sebentuk diamond pun dah cukup
Quote shernazz 10-12-2025 08:43 AM
Kenapa nak pakai emas gajah2..
Pakai diamond pink pung dah cukup.untuk.orang pandang 2.kali tau...
Iols tengok lelongan christie tu.alahai cantik nya pink diamond tu..
Tp ye la..sembang takde sikit2 .mmg jota2 aje
Quote TomyamPuteh 10-12-2025 08:57 AM
Yg triggered ni musti xde barang kemas hatta sebesar janggut udang pon kt badan
Quote sweetfasha 10-12-2025 09:02 AM
teringat lepas gaduh manja dengan acik 1.5 juta tu.. dia heret tinshid pi beli barang kemas 1.5 juta.. ambikkk ko...

laki korang ada ke belikan korang barang kemas 1.5 juta..???  gitteww je tok alip melimbas
Quote 4046636 10-12-2025 09:06 AM
Bodoh
Quote syikin_akik 10-12-2025 09:28 AM
Orang kampung tak ada nya jakun sangat kalau tengok bini kau tak pakai barang kemas nampak miskin. Bengong
Quote NazRysha 10-12-2025 10:00 AM
sapa la sokong keluarga ni
konon suka tgk ammar ahyan la lawak la
tu bukan lawak tu sama bodo mcm bapak dia
keluarga yang paling aku xsuka selepas keluarga kak km
Quote hayrin86 10-12-2025 10:40 AM

Kan.. BTW, dia bukannya artis.

Quote gerbera.memopad 10-12-2025 10:49 AM
hayrin86 replied at 10-12-2025 10:40 AM
Kan.. BTW, dia bukannya artis.

Dia kan mengaku dia artis no.2 negara
Legit jualah dia masuk bod gosip sebab dia pernah berlakon drama & ada beberapa lagu single walaupun...
Quote zuriey 10-12-2025 02:28 PM
Mak aku selalu pesan jgn pukul anak nnti anak jadi bodoh
Bila tgk si belut ni mmg tepat apa mak aku ckp
Ni efek sbb tok belut ni masa kecik2 hari2 kena hempuk dgn mak dia..tu yg bodoh tak leh cerdik lagi dah walau duit byk
Quote ekselen 10-12-2025 02:47 PM
slyfynx replied at 10-12-2025 12:51 AM
Die ni mmg bodoh nak mampos ke hape ni?
Riak mcm setan.
Ko tkt nmpk bini ko miskin ke?

mslhnya gelang tu lg besau dr tgn.. adoiiii mcm takde taste jah...aku idokler nk pakai besor2 gedabak mcm tu.. lg malu ada la hahahaha
Quote asfaz 10-12-2025 02:48 PM
nono86 replied at 10-12-2025 02:27 AM
Suami yang hebat adalah mereka yang tak biarkan isteri nampak kosong?????? Wow, jangan kau lupa apa  ...

Apa pula pandangan dia bila tgk isteri org lain yg takde barang kemas ye? Mesti sinis .
Beluttt oiiii...tak semua pompuan suka pakai barang kemas. Kau nak isteri pakai barang kemas,haaa apa kata kawin dgn tokvida
Quote Burong_Hantuk 10-12-2025 03:07 PM
kesian...jenis kepala otak x centre

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040932 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top