CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hormat Bekas Isteri, Que Haidar Belum Terbuka Hati Kahwin Lagi - “Saya rasa perceraian saya baru lagi"

9-12-2025 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 656| Komen: 3

 

Pelakon Que Haidar berkata dia belum terbuka hati untuk berkahwin mahupun mencari pasangan baru meskipun ada wanita yang cuba mendekatinya sejak bergelar duda.

Memetik mStar Online, Que berkata fokus utamanya kini adalah pada anak-anak serta kerjayanya tambahan pula dia merasakan perceraiannya dengan Linda Jasmin masih baru lagi.

“Saya rasa perceraian saya baru lagi. Otak masa masih fikir mengenai anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain. Jadinya, sekarang mahu luangkan masa yang sebanyak mungkin kepada mereka.

“Jadinya, saya belum terbuka untuk mempunyai pasangan lain. Fokus utama adalah kerjaya dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai hubungan dengan anak-anak, Que berkata sebelum ini dia sering berkongsikan di media sosial namun selepas berpisah dia memilih untuk lebih privasi.

“Dulu saya berkongsi, namun sekarang saya pilih lebih privasi. Alhamdulillah semua okay. Hubungan dengan Linda pun baik-baik, Alhamdulillah,” katanya.


Terdahulu, Que dan Linda Jasmine bercerai pada 2 Julai lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopp 11-12-2025 07:39 AM
Ok lah..
Quote sweetfasha 11-12-2025 08:52 AM
bagus que... wpun berpisah tapi still respect each other demi anak anak
Quote Cpkay 11-12-2025 09:05 AM
mamat ni masalah financial ,,job takde dulu. maintenance rumah pun banyak tertangguh sampai air kene lock dengan maintenance. tak taulah apa source of income linda tu jugak sbb dancing class dia pun dah lama tutup.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2026 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.037199 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top