|
SEGAMAT: Pelajar perempuan sebuah kolej sanggup datang ke sini dari negeri lain untuk bermalam di sebuah hotel dengan kenalan lelaki baharu dikenali melalui media sosial sebelum mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kelmarin. Bilik hotel yang diserbu jam 10.30 malam disewa atas nama wanita berkenaan untuk tempoh dua hari. Pasangan berusia lingkungan 20-an itu mengaku baru kenal melalui media sosial sebelum mengatur pertemuan ini. Pemeriksaan dalam bilik pula menemukan tompokan darah pada selimut, namun tidak diketahui dari mana punca. Menurut JAINJ, sebaik tiba di hotel, pasukan penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum dibuka oleh seorang wanita berpakaian lengkap yang kemudian cuba menutup semula pintu bilik sebaik mengetahui ia untuk pemeriksaan. "Dia cuba tutup semula pintu namun berjaya dihalang. Pemeriksaan dalam bilik hotel menemukan seorang lelaki sedang duduk bersila di atas lantai, memakai seluar panjang dan baju T serta kelihatan dalam ketakutan," katanya.
Hasil soal siasat, mereka mengaku bukan suami isteri, sebaliknya masing-masing bujang dengan lelaki menetap dan berkerja di Segamat, manakala wanita berkenaan pula masih belajar di sebuah kolej di Melaka serta bukan berasal dari sini. "Ketika pemeriksaan, penguat kuasa menjumpai pakaian dalam wanita atas kerusi, katil dalam keadaan bersepah. Pemeriksaan lanjut menemukan satu kesan tompokan darah kering pada selimut, namun tidak diketahui puncanya dari mana," katanya. Sumber :– BERNAMA |
ADVERTISEMENT