|
Penyanyi dan pelakon Amira Othman beranggapan khabar angin serta dakwaan mengatakan dirinya berbadan dua adalah satu doa. Memetik HibGlam, Amira berkata pertanyaan tersebut adalah normal buat mereka yang baru berkahwin dan dia serta suaminya, Fattah Amin akan kongsikan khabar gembira itu apabila tiba waktunya nanti. “Adatlah bila sudah berkahwin, soalan seterusnya pasti tentang kehamilan. Sebelum kahwin orang tanya pasal jodoh, lepas kahwin orang tanya pasal zuriat pula. “Untuk saya, sama ada nak menafikan atau mengaku, kami akan kongsi perkara yang baik-baik bila tiba masa yang sesuai. Apa pun, saya anggap semua pertanyaan itu sebagai doa. “Sudah tentu kami aminkan. Siapa yang tak mahu zuriat? Cuma semua ada masa dan waktunya. Bila keadaan dan masa sesuai, kami akan kongsikan,” katanya. Sementara itu, Amira berkata dia tidak menolak rezeki zuriat serta menerima dengan apa saja yang perkara baik yang diberikan.
“Kami tidaklah menolak (zuriat). Maksud saya, apa sahaja rezeki yang baik, kami terima. Jika Allah sudah aturkan waktu dan bilangan yang terbaik, itulah yang kami akur serta syukur,” katanya. Dalam pada itu, Amira mengakui soalan berkenaan kehamilan dianggap sensitif dan dia juga takut untuk bertanyakan kepada orang lain mengenai perkara itu. “Kami pun baru berkahwin dan saya akui, soalan ini sebenarnya agak sensitif, cuma sudah menjadi adat lebih-lebih lagi bila bergelar selebriti. “Jujurnya, saya sendiri pun takut nak tanya orang lain soalan berkaitan kehamilan sebab bimbang menyentuh hal sensitif,” katanya. Sumber: HibGlam, Rotikaya |
..gambar tu dah macam nk menghadiri mesyuarat pibg
DARSITA replied at 9-12-2025 02:44 AM
I think dia dah "buncit" sbb selalu bila tak pregnant kita/orang akan ckp 'belum ada rezeki lagi."
...
ada lagi kaa?manopBKK replied at 9-12-2025 10:03 AM
Time ko berdondon dulu siap ber tag team dgn adik lelaki buat lagu bagai tak rasa sentitip pulak ye? ...




bbalik replied at 9-12-2025 10:08 AM
dok terkulum2 kehulu kehilir
pehtu acah2 kemaluan
apooo

manopp: Dia kulum apa sis?
nolya replied at 9-12-2025 12:02 PM
Mulut.......
Hendak singgah ke pekan Jeli

ADVERTISEMENT