CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanya putu mayam, ‘jarum’ Mr. E mengena cucuk hati Erra Fazira

7-12-2025 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2782| Komen: 31

 


“Saya mengorat Erra Fazira dengan putu mayam sahaja.”

Demikian seloroh usahawan, Ezwan Zain atau Mr. E mendedahkan pertemuan pertama dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira berlaku dipercayai stesen radio Sinar FM sekitar Mac 2022.

Menurut Ezwan, selebriti wanita tersohor yang ketika itu menjadi penyampai jemputan dilihat berselera menikmati kuih disediakan restoran miliknya.

“Sebenarnya saya tak pernah bertemu (bertentang mata) Erra Fazira. Saya tahu siapa Erra tapi tak pernah jumpa secara berdepan.

“Dipendekkan cerita, kami ke radio Sinar FM jamu penyampai, kita santai-santai. Erra pun waktu itu sebahagian daripada mereka. Saya tengok Erra beria-ia makan.

“Dia sahaja makan putu mayam  berulang empat kali. Saya yang ada kat situ tengok sambil cakap dalam hati  dia suka putu mayam Kita pun apa lagi,  ‘cocok’ lah lagi,” katanya dalam perkongsian YouTube KasiOnz.


Saluran tersebut direalisasikan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, dengan Mr. E juga bakal suaminya bagi berkongsi kisah perhubungan mereka.

Episod pertama yang dikongsikan malam tadi bercerita tentang pernulaan tercetusnya hubungan sebelum mereka sepakat membina hidup bersama pada 12 Disember ini.

Sementara itu menurut Erra, selepas pertemuan di Astro, lelaki berstatus duda itu cuba mendekatinya dengan bertanyakan khabar.

“Selepas awak jumpa saya tu kan awak cuba nak masuk ‘line’. Dia tanya khabar pada PA (pembantu peribadi) kita, kakak sihat?

“Berbalik kepada minum petang yang disebut tadi, saya memang beria-ia sebab  dah lama, sejak usia muda, saya tak jumpa putu mayam yang sedap.

“Ini bukan memuji. Memang sedap. Saya tak ‘control ayu’. Dah suka saya ulang sampai empat kali,” ujarnya sambil tertawa.

Menurut Erra lagi, itulah pertemuan pertama yang melorongkan persahabatan mereka ke fasa berikutnya.

“Bermula dari situlah kita berkenalan walaupun tiada di hati saya berkenan pada pandang pertama,” katanya yang secara bergurau menyebut Mr. E sebagai Hang Kebun.

Katanya,  penampilan Mr. E yang kurus dan agak gelap membuatkannya memberikan gelaran tersebut.

Erra sebelum menamatkan spekulasi dengan membuat pengumuman tarikh pernikahan mereka pada 12 Disember ini.

Hubungan mereka yang dilihat akrab lebih setahun lalu menjadi tumpuan ramai apatah lagi selepas hampir 11 tahun Erra hidup solo. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LaskarHijayu 7-12-2025 01:59 PM
Dengo tu EE... putu mayam je
Quote pocongkiutss 7-12-2025 02:01 PM
Hahaha sendunya dh 2 jam baru 2 komen termasuk meols
Quote cm_vungtau 7-12-2025 02:17 PM
Comel la dua2 ni Semoga Erra menemui kebahagian akhirnya
Quote Tinot7 7-12-2025 02:35 PM
Mr E jauh lagi muda drp erra, kan?
Quote cmf_jeangrey 7-12-2025 03:31 PM
Lepas tgk podcast tu iols nampak jugak la sisi manly type tu..sbb acik2 porum gelar heol pengkid kan ..tengok gambar mmg x berkenan..tapi dlm podcast nampak ok la
Quote Purestteam1 7-12-2025 04:45 PM
huhu.. baik2 senyap² je bang... dah kawin sok crite arrr..
Quote Purplehaz 7-12-2025 05:33 PM
agaknya sebut jer nk mkn apa suka apa..zass Abg kueh buatkan msk mcm2, dgn mknn kueh muih pun cair hatinya
Quote cm_vungtau 7-12-2025 05:39 PM
Cemana ahkak erra boleh makan sampai 4 kali? Selalu tengok masa gugu gaga erra cuma makan buah aje
Quote lanacondor 7-12-2025 05:46 PM
Teringat kisah selena gomez. Tgk muka suami dia mmg out terus. Tapi sb suami dia baik, matang, pandai masak. Sama la kot mcm erra dgn mr.e
Quote iqbalriad 7-12-2025 06:45 PM
LaskarHijayu replied at 7-12-2025 01:59 PM
Dengo tu EE... putu mayam je

Kalau apam balik sedap mudah dapat di pasar pagi sungai besi.????
Quote L.U.S.M 7-12-2025 08:52 PM
So nk kata ko hot sgt ke ezwan?

Tolonglaaaa...
Quote lazim 7-12-2025 09:02 PM
Nak tergelak jugak. Ms pertemuan pertama mr E sangat hodoh sbb dia xsedar dia sakit hypertiroid so sgt kurus. Mr E ejek erra sbb erra igt staff dia tu bos kueh. Maknanya erra pandang org lain. Si faliq yg beria2 kenenkan. Mula2 erra xkenan, xterlwbih kurus sampai nampk hitam. Haha
Quote silampumeja 7-12-2025 09:46 PM
lazim replied at 7-12-2025 01:02 PM
Nak tergelak jugak. Ms pertemuan pertama mr E sangat hodoh sbb dia xsedar dia sakit hypertiroid so s ...

Ha ah ... Comel tapi org tua dgn sisi agak matang... Allah dah tulis. Semoga selamat dan bahagia smpai bila2.
Quote Shayang 7-12-2025 11:24 PM
Putu mayam yg sedap ni bukan ke bergantung gula perang tu la kan?
Aku rasa sama je laa rasa kecuali guna gula perang yg sedap berkaramel
Putu mayam tu tetap rasa tawar
Quote likilu 7-12-2025 11:52 PM
LaskarHijayu replied at 7-12-2025 01:59 PM
Dengo tu EE... putu mayam je

Dgn EE pun diorang shoot gugu gaga era lama kan dulu

Pun sweet menghiburkan jugak?
Quote Olumis 8-12-2025 05:17 AM
Walaupun tak hensem, semoga kali ni jodoh terakhir utk EF.
Quote BoongaKertas 8-12-2025 08:34 AM
suara dia sdp lah. pastu cara dia menjwb tu so manly. iols mendoakan yg baik2 jer utk kak ef ni. moga kekal hingga ke syurga this time around. btw, nmpk sgt shes in love sbb sheols jd mcm talkative and muka bersinar2. iols suka tgk muka pompuan in love. aura cantik terus jd skala ke-10
Quote airmineral 8-12-2025 09:28 AM
moga bahagia dan jodoh ini membawa ke syurga
Quote babelina 8-12-2025 09:40 AM
Mr E nie mcm bole kawal EF.. mcm EF bole dgr ckp dia.. mgkn dia matang, mcm sesorg yg bole EF bergantung dan berlindung.. taw2 jer la EF nie org yg dh bdikari lama.. kuat n kental.. so mmg perlu sesorg yg dominan utk dia jadi perempuan camtu.. moga kekal la.. amin yra

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.035653 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top