CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awie syukur dua anak genggam ijazah di MSU - "Seorang lagi anak, Putra Ahmad Merah sedang belajar di UIA"

7-12-2025 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4982| Komen: 75

 


Hanya rasa syukur dapat diungkapkan penyanyi Datuk Awie apabila dua anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian di Management and Science University (MSU).

Lebih membanggakan, salah seorang daripada mereka, Putri Aleefa Antasha Ahmad Azhar, 23, dipilih sebagai penerima Anugerah Industri setelah memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78 dalam Ijazah Sarjana Muda Kreatif Video dan Fotografi.

Manakala seorang lagi anaknya, Putri Aleeya Antasha Ahmad Azhar, 25 berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, dia menitikberatkan pendidikan kepada semua anaknya kerana melihat pendidikan dapat mengubah nasib anaknya.

“Syukur kerana dua anak telah habiskan pengajian mereka. Seorang lagi anak, Putra Ahmad Merah sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Saya tidak halang anak untuk minat apa-apa bidang. Cuma saya pesan kepada mereka, minat apa pun, janji mereka habiskan pengajian mereka,” katanya ketika Majlis Konvokesyen MSU ke-36 di sini, hari ini.

Awie mengakui ilmu amat penting meskipun seseorang itu bergiat dalam dunia hiburan yang penuh glamor.

Baginya, ilmu dapat mematangkan seseorang dalam menempuh apa-apa sahaja cabaran yang dihadapi, selain dapat membantu mengecapi matlamat yang disasarkan.

Sementara itu, Putri Aleefa gembira dapat membahagiakan ayah dan ibunya (bekas isteri Awie), Arni Nazira dengan pencapaian yang diperoleh.

“Saya kini bekerja sebagai krew produksi bebas (freelance). Saya akan kerja dengan mana-mana syarikat produksi yang minat mengambil perkhidmatan saya.

“Impian saya untuk menjadi penerbit filem pada masa akan datang. Ayah (Awie) ada juga minta saya berlatih tulis skrip sebagai persediaan ke arah itu (menerbit filem),” ujarnya.

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zezo 7-12-2025 12:06 PM
Walaupun MSU.. bagus la dia usahakan Semua anak² dia masuk sambung belajar. Patut lah dia buat konsert tak berhenti sampaikan Eddy & Black tu give up tak mampu. Tapi aku igt anak dia yg dgn Arni ni dh kahwin?
Quote Duta lover 7-12-2025 01:12 PM
Anak2 arwah dharma kepanasan....
Wpun msu dan course yg aneh2...at least bolehlah keje dgn industri ... tambahan usia masih muda
Quote Buritan 7-12-2025 01:18 PM
Duta lover replied at 7-12-2025 01:12 PM
Anak2 arwah dharma kepanasan....
Wpun msu dan course yg aneh2...at least bolehlah keje dgn industri  ...

Mengumpat itu dosa besar..


Done jd setazah.. Hahaha
Quote Tinot7 7-12-2025 02:04 PM
Alhamdulillah
Quote PULANGKAN 7-12-2025 02:14 PM
waa tahniah

yang anak laki, putra merah tu baru masuk matrik uia eh. curious pulak course ape
Quote Sendawg 7-12-2025 02:20 PM
Cantik gila anak2 dia.
Quote NazRysha 7-12-2025 04:53 PM
Duta lover replied at 7-12-2025 01:12 PM
Anak2 arwah dharma kepanasan....
Wpun msu dan course yg aneh2...at least bolehlah keje dgn industri  ...

kenapa nak cakap pasal anak2 arwah dharma
depa dulu kerja dengan production house darma
lepas tu pkp depa xde job
pastu depa sambung belajar
sambil2 buat part time
done kackup
Quote Perawankota 7-12-2025 04:56 PM
MSU x bagus ke?
Quote noor2 7-12-2025 05:13 PM
Perempuan kanan sekali tu sapa...
Quote doubleA 7-12-2025 05:30 PM
noor2 replied at 7-12-2025 05:13 PM
Perempuan kanan sekali tu sapa...

Bini sawie skg sharifah ladyana. Ada 2 anak kecik dgn sawie dah. Ex wife arni, rozana misbun. Current wife seripah ni
Quote Purplehaz 7-12-2025 05:31 PM
Duta lover replied at 7-12-2025 01:12 PM
Anak2 arwah dharma kepanasan....
Wpun msu dan course yg aneh2...at least bolehlah keje dgn industri  ...

msu dan course aneh2
Quote red_velvet 7-12-2025 05:35 PM
Puteri ahmad merah tu siapa mak dia? Arni ke adik haliza misbun?
Quote asfaz 7-12-2025 05:45 PM
red_velvet replied at 7-12-2025 05:35 PM
Puteri ahmad merah tu siapa mak dia? Arni ke adik haliza misbun?

adik haliza. dgn arni pompuan anknya
Quote emera 7-12-2025 05:49 PM
Ok lah dr xde degree wpun dr msu je.
Quote Missjass 7-12-2025 05:58 PM
Perawankota replied at 7-12-2025 04:56 PM
MSU x bagus ke?

Ok je MSU, status pun dah university cert ada MQA laku je sijilnya bukan nya kolej shoplot nama nth apa2
Quote Purestteam1 7-12-2025 05:58 PM
aku jadi menantu kau ye pak...
Quote Missjass 7-12-2025 06:00 PM
Duta lover replied at 7-12-2025 01:12 PM
Anak2 arwah dharma kepanasan....
Wpun msu dan course yg aneh2...at least bolehlah keje dgn industri  ...

Takde la aneh mana pun course anaknya, creative video tu high demand je sekarang ni banyak company cari social media manager, content creator
Quote doubleA 7-12-2025 06:02 PM
red_velvet replied at 7-12-2025 05:35 PM
Puteri ahmad merah tu siapa mak dia? Arni ke adik haliza misbun?

Merrah anak dgn rozana misbun. Anak dgn arni 2 dlm gambar tu. Anak dgn rozana ada jugak girl, anak dgn seripah wife skg ni dua2 boy masih toddler
Quote Homewrecker 7-12-2025 07:00 PM
Tahniah. Anak2 dia lawooooo

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.080690 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top