|
LUAHAN hati pelakon Fatiya Latiff yang mengakui hilang keyakinan disebabkan perubahan bentuk tubuh serta wajahnya meraih maklum balas ramai. Antara individu yang memberikan komen balas dalam laman sosial adalah rakan seperjuangannya, Ramona Zam Zam. Ramona bukan hanya memberikan kata-kata semangat bahkan turut menawarkan diri untuk membantu pelakon itu. Alahai, sayu pula Diva baca. Inilah yang dikatakan kawan sebenar, sanggup menghulurkan pertolongan ketika rakan berada pada titik terendah dalam hidup. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Fatiya menyambut pelawaan ikhlas Ramona. Tak sabar tunggu perkembangan terkininya. Sumber: – KOSMO! ONLINE |
BoongaKertas replied at 8-12-2025 09:11 AM
bagus ramona. iols kdg2 x sangka ramona ni giler2. org lawo kalau giler2, mmg best woahhh
LaskarHijayu replied at 8-12-2025 04:08 AM
Kan dia gila2 kan. Suka tgk dia ketawa bersepah2 tu takde rasa nak gelak pon ikot gelak sudahnya
ADVERTISEMENT