|
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki malarang anaknya memohon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak akan membenarkan anaknya membuat permohonan memasuki MRSM selagi beliau memegang jawatan Pengerusi Mara. Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berkongsi kisah menghantar anaknya, Azzam menduduki Ujian Kelayakan Tahfiz di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Menurutnya, Azzam bercita-cita mengikuti jejak langkah abang dan kakaknya yang menghafaz al-Quran. “Saya tahu jauh sudut hati Azzam minat juga nak masuk MRSM sebab pernah dia sebut yang kawan-kawan dia ramai minta MRSM. “Namun, anak-anak semuanya sudah pasrah dengan pendirian Abi. Selagi Abi memegang amanah sebagai Pengerusi Mara, tiada siapa dalam kalangan anak-anak yang boleh mohon ke MRSM,” katanya, hari ini.
Asyraf Wajdi memohon orang ramai mendoakan Azzam berjaya dalam ujian kelayakan berkenaan dan mencapai impiannya untuk menyertai aliran tahfiz. Beliau turut menzahirkan harapan semua anak-anaknya membesar sebagai individu yang memberi manfaat kepada ummah pada masa hadapan. Sumber:– KOSMO! ONLINE |

dua_chzy replied at 4-12-2025 09:35 AM
Macam anak dia ni je ada kes kena buli di sekolah. Nanti meols carik Threads tu.
kotakbaju replied at 4-12-2025 01:56 AM
Anak pengerusi mara pun kena buli jugak
Samerosie replied at 3-12-2025 02:16 PM
Anak chairman mara kabel paling kuat pun x dpt masuk mrsm tp ada plak darat kat melb kata dia dpt sc ...

Samerosie replied at 3-12-2025 10:16 PM
Anak chairman mara kabel paling kuat pun x dpt masuk mrsm tp ada plak darat kat melb kata dia dpt sc ...


cilaka btul siap cakap dapat lagi sponsor sambung master. HahaaKitty_catz replied at 4-12-2025 11:24 AM
tu kan species taik palat
species yg even dah berkali2 kantoi menifu pun masihhh delulu
Samerosie replied at 4-12-2025 09:05 AM
Haha ye la zis, haritu pun baru tengok video late night show interview lama michelle obama. Barak ...

ADVERTISEMENT