CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Rezeki Mencurah, Tapi Tahun Ini Paling Duka Buat Saya, Tahun Berat” - Kamal Adli

3-12-2025 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1820| Komen: 29

 


Pelakon Kamal Adli berkata meskipun diberikan rezeki mencurah pada tahun ini bagaimanapun dia menyifatkan 2025 antara tahun paling berat dalam hidupnya.

Memetik Astro Gempak, Kamal berkata tahun ini dia hanya menumpang tahun pelakon Que Haidar dan dia perlu meneruskan kehidupan meskipun melalui tempoh sukar susulan kemelut rumah tangganya dengan Uqasha Senrose. 

“Ramai ingat tahun ni tahun saya. Tahun depan pun konon tahun saya juga. Tapi jujur, bukan. Tahun ni sebenarnya tahun Abang Jamil (Que Haidar). Saya cuma menumpang.

“Alhamdulillah, cuma tahun ini tahun duka saya sebenarnya. Tahun berat untuk saya. Saya terus bekerja tanpa henti. Dalam saya melalui tempoh sukar, Allah bagi juga sedikit rezeki untuk buat saya senyum.

“Tapi saya tetap perlu teruskan. Saya seorang-seorang di rumah, itu yang buat semuanya terasa berat,” katanya.


Sementara itu, Kamal seolah menggambarkan hari-hari yang dilaluinya tidak semudah yang disangkakan kerana jika tiada penggambaran dia hanya bersendirian di rumah dan jiwanya kosong.

“Susah sebenarnya sebab saya seorang. Saya seorang kat rumah dan perkara itu tak seronok. Kalau tak shooting, saya rasa habislah saya kat rumah tu. Mungkin saya akan mula melukis gambar kat dinding ke, tiba-tiba belajar memasak ke.

“Ada benda orang tak tahu dan saya tak perlu kongsi. Memang susah sebenarnya. Walaupun rezeki masuk, jiwa tetap kosong. Ini soal hati,” katanya. 

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 4-12-2025 12:57 AM
Raya tahun depan camana
Quote HelgaPataki 4-12-2025 09:13 AM
Betul jugak, back to back jugak drama dia skrg
Quote KamikuP 4-12-2025 10:38 AM
mEOLLS paham dekk.. moga Kamal jgn berduka lara lama2, move on dan sibukkan diri dgn aktivit2 yg berfaedah dan jauhi spa songsang.. ekekeke
Quote tagas 4-12-2025 10:42 AM
Antara faktor penceraian yg bukan di sebabkan oleh masalah kewangan
Quote Akalditipumata 4-12-2025 10:48 PM
Bukit masih n igt sayang ank bini...walaupn diberi rezeki ats konflik keluarga... Bkn Ber yak yak yeeee
Quote SisLena 4-12-2025 11:59 PM
Normal reaction mmg mcm ni la kalau sayang bini dengan anak. Aku hrp kau muhasabah diri la kamal. Semoga ada Jalan. Mgkin cerai boleh mendekatkan.. Who knows kan.
Quote orkid_amani 5-12-2025 06:03 AM
KA mungkin kurang dekat duit ja laa.. typical laki Melayu yg bukan janji bulan bintang dekat wife tp kaya kasih syg (kot)
Quote Hanzeviera 5-12-2025 10:56 AM
iols kesian betul dkt kemal ni
Quote A-Are 5-12-2025 11:41 AM
ntahlah..selagi xserumah idokla iols percaya mana2 pihak pon..kesian ke anak kecik xtao apa lagi
Quote serimaya 5-12-2025 06:43 PM
Makin sentap la uqasha..penat dia berlakon isteri teraniya ..Alih alih macam2 offer pulak si Kamal dpt ..
Quote shida81 5-12-2025 07:41 PM
Jap dia da cerai ke blum sebenarnya ni...
Quote zuriey 5-12-2025 10:42 PM
Acah sedey pula entah lps 3 bulan ko p meminang ppuan lain
Quote cm_vungtau 5-12-2025 10:45 PM
Orang lelaki bila menduda jadi hensem pulak. Kang bini pulak tak puas hati kalau dia ada orang lain nanti
Quote piahsemah 6-12-2025 10:08 PM
Kenapa erk i rasa uq ni mcm over sgt
Mcm sulitkan urusan nk jumpa ank
Semua nk di igs kan
Fitnah apa pulak ka buat dkt dia
Quote orkid_amani 7-12-2025 05:09 AM
piahsemah replied at 6-12-2025 10:08 PM
Kenapa erk i rasa uq ni mcm over sgt
Mcm sulitkan urusan nk jumpa ank
Semua nk di igs kan

Ada lalu nampak US petik Kamal tak penah post gambaq ank bini.. sat nk p tengok kat ig Kamal
Quote piahsemah 7-12-2025 06:31 AM
orkid_amani replied at 7-12-2025 05:09 AM
Ada lalu nampak US petik Kamal tak penah post gambaq ank bini.. sat nk p tengok kat ig Kamal

Pg tengok ig uq,huhuhu
Teruk dia meroyan
Tak faham dia meroyan sbb apa
Bnyk uish dia skrinshot
Iols baca komen2 kat igs tu,rupanya semua pun tak faham dia meroyan apa
Quote Tinot7 7-12-2025 06:51 AM
piahsemah replied at 7-12-2025 06:31 AM
Pg tengok ig uq,huhuhu
Teruk dia meroyan
Tak faham dia meroyan sbb apa

Iols speku US nak habaq yg kemaldeli ni fake, berpura2.. lakon mcm sayang apa semua tu, tapi habuk pun tarak..

Tapi tatau la kalau istilah sayang utk kemaldeli ni lain.. kan dia tu pemalaih..

Screenshot_20251207_064938_Instagram.jpg Screenshot_20251207_064933_Instagram.jpg
Quote Tinot7 7-12-2025 07:19 AM
orkid_amani replied at 7-12-2025 05:09 AM
Ada lalu nampak US petik Kamal tak penah post gambaq ank bini.. sat nk p tengok kat ig Kamal

Ada tapi ciput.. hawra tu rupa ikut kemal.. mebbe sbb tu kemal liat nak post.. hahahaha... cer hawra ikut rupa qasha.. hahahah
Quote cm_vungtau 7-12-2025 09:09 AM
Uqa ni gila agaknya. Dulu kan Kemal dok post gambar suit suit sampai kena katok kepala. Kononnya ada orang yang nak sangat kat Uqa sampai jeles. Entah ye entah tak. Sekarang dia meroyan orang tak post gambar anak bini pulak

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039211 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top