|
Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri diperintahkan membayar ganti rugi nominal RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau melanggar kontrak untuk mempromosikan sebuah restoran dikendalikan dua rakan kongsi perniagaan. Memetik BH Online, panel tiga hakim memutuskan Iylia Nurdiyana Jasny dan Syazwan Roslan berjaya membuktikan Aliff gagal melaksanakan peranannya untuk mempopularkan premis mereka, ‘Rumah Makan Terlajak Laris’ di Kota Damansara di Selangor. Bagaimanapun, rakan kongsi itu gagal membuktikan sebab musabab bagi ganti rugi yang dituntut. “Kami membenarkan rayuan itu, tetapi hanya memberikan ganti rugi nominal sebanyak RM10,000,” kata panel hakim Datuk Azizul Azmi. Panel hakim turut memerintahkan Aliff Syukri membayar kos RM30,000 kepada Iylia dan Syazwan. Difahamkan, rakan kongsi berkenaan sebelum ini memeterai kontrak dengan Aliff bagi mempromosikan restoran berkenaan menerusi media sosial.
Perjanjian itu kemudiannya ditamatkan, menyebabkan mereka memfailkan saman di Mahkamah Sesyen pada penghujung 2018. Mereka menuntut pemulangan RM285,000 yang telah dibayar kepada Aliff serta deklarasi bahawa kontrak itu tamat akibat pelanggaran syarat. Sumber: BH Online, Rotikaya |
TravellingBear replied at 5-12-2025 12:37 PM
Dia dapat 285k... keje tak jalan, tapi kena denda 10k . Halal ka jadi gini balance 275k yg dia pakai ...
LadyCarefree replied at 6-12-2025 10:04 PM
Dia xkisah kot
ADVERTISEMENT