|
Pelakon Julia Farhana berkongsikan dia kini mula menceburi bidang dalam sektor perladangan dan perniagaan agrikultur selepas berjinak-jinak dalam bidang penerbitan. Memetik HibGlam, Julia berkata pada awalnya dia bermula dengan lima ekar (dua hektar) tanah pada 2019, kini mengusahakan kira-kira 30 ekar (12 hektar) ladang di sebuah kawasan di Pahang. Menurut Julia lagi, minatnya dalam dunia perladangan bukan sekadar angan-angan sebaliknya sejak zaman remaja lagi sudah berminat dengan pertanian. “Sebenarnya dah lama saya buat ladang, bermula dengan cili kira-kira enam tahun lalu. Selepas itu, tanam timun dan buah-buahan termasuk markisa dan limau sehingga terhasilkan bisnes jus dengan rakan perniagaan saya. “Dari remaja lagi saya rancang buka ladang sebab berminat dengan dunia pertanian. Saya buat kajian, tiba-tiba sistem fertigasi automatik jadi popular.
“Sebelum ini kira-kira 10 ke 15 tahun saya takut nak buat secara manual. Tak cukup pekerja, kos naik jadi saya tangguhkan dahulu hasrat. “Bila sudah ada sistem fertigasi automatik, boleh kawal air atau jumlah bahan kimia melalui telefon bimbit, saya jadi yakin nak buat,” katanya. Sementara itu, Julia berkata dalam dunia perniagaan sudah pasti akan berdepan pelbagai dugaan apabila banyak tanamannya mati sehingga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit. “Sekitar lima tahun lalu, ‘batch’ pertama kira-kira 6,000 pokok mati. Rugi sekitar RM50,000 hingga RM60,000. Permulaan pun dah teruk, jadi saya nekad cari guru.Saya jumpa rakan perniagaan saya sekarang, dia beri tunjuk ajar. “Bila dah ada sifu, berani nak buat lagi. Alhamdulillah, sampai hari ini cili dan timun hidup subur, dah tak muat dalam peti di ladang,” katanya. Sumber: HibGlam, Rotikaya |
SalenaGomez replied at 4-12-2025 01:17 PM
Bagussss nyaaa… julia ni wife pada ex hubby lufya kan?
orkid_amani replied at 4-12-2025 05:42 PM
Jual laa buah dekat tiktok live.. aii teracun beli buah dekat tiktok sbb asa fsv. Mmg jimat baaanyaa ...
piahsemah replied at 4-12-2025 07:43 PM
Tt mana juai buah fresh. Nk beli juga

orkid_amani replied at 4-12-2025 05:42 PM
Jual laa buah dekat tiktok live.. aii teracun beli buah dekat tiktok sbb asa fsv. Mmg jimat baaanyaa ...
talapia replied at 5-12-2025 02:25 AM
bagus artis yang cebur bidang lain..
ini balik2 artis bukak kedai makan..
nak kata dia pandai memasa ...
ADVERTISEMENT