|
Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata dia mahu memberitahu anak-anak mengenai berita perceraian tersebut bersama bekas suaminya. Memetik Harian Metro, Dr Fie berharap Nubhan dapat memberi kerjasama untuk memberitahu berita buruk itu kepada anak-anak memandangkan mereka masih kecil untuk memahaminya. Menurut Dr Fie, buat masa ini jika anak-anak bertanya dia hanya memberitahu bapa mereka sibuk bekerja. “Saya harap Nubhan dapat bekerjasama untuk beritahu pada anak-anak. Buat masa sekarang, saya cuma beri alasan kepada anak-anak yang abah mereka sibuk bekerja. “Saya juga tak naklah jadi watak jahat ketika beritahu berita buruk ini. Anak-anak memang ada bertanya mengenai abah mereka terutama anak kedua yang pernah tanya saya kenapa abah tidak balik ke rumah,” katanya. Sementara itu, mengenai keadaan mental dan emosi anak-anaknya, Dr Fie berkata setakat ini masih stabil serta tidak menunjukkan gangguan susulan kemelut perceraian mereka.
“Saya ada tanya cikgu di sekolah tentang perkembangan anak-anak. Alhamdulillah tiada perubahan drastik, tiada menangis, tiada kawan ejek, semua baik,” katanya. Sumber: Harian Metro, Rotikaya |
apedehal replied at 3-12-2025 11:42 PM
Knp watak jahat pulak..ko yg lebih educated ptt nya lebih tahu camana nk smpaikn berita kat anak2, t ...

ADVERTISEMENT