|
Penyanyi dan pengacara Elly Mazlein menerima pujian ramai apabila sering menggayakan tudung yang labuh dan menutup dada. Memetik mStar Online, Elly berkata dia masih belajar banyak perkara namun berusaha untuk menjaga penampilan mengikuti syariat serta tuntutan agama. “Alhamdulillah, bila saya berhijab, saya nak ikut syariah ditetapkan walaupun tak semua, tapi mana yang saya mampu. Saya pun masih belajar dalam banyak perkara, jadi saya nak jaga sebaik mungkin. “Saya nak pakai dengan cara yang selesa. Keluar pun saya memakai tudung labuh. Kadang kata-kata itu menjadi semangat untuk membantu saya menjadi muslimah lebih baik,” katanya. Sementara itu, Elly berkata semenjak berhijab dia meletakkan syarat kepada penata gaya untuk memastikan tudungnya menutup bahagian dada. “Ini memang syarat saya setiap kali berurusan dengan hijab stylist. Saya memang akan beritahu yang saya nak tutup dada. Semua saya beritahu awal-awal supaya mereka faham pendirian saya.
“Saya pun memang selesa tudung bawal sebab mudah untuk saya bekerja. Tak ada isu pun tentang tudung labuh memberi halangan untuk tampil berfesyen sebab saya memang selesa begitu,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya |
ADVERTISEMENT