CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DSV Ada 20 Buah Rumah Cecah RM50 Juta, Beri Staf & Saudara Mara Tinggal Percuma

3-12-2025 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 867| Komen: 18

 


Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida berkata daripada 20 buah rumah yang dimiliki hanya satu sahaja yang didudukinya selebihnya diberikan kepada staf dan saudara mara untuk tinggal secara percuma.

Memetik Astro Gempak, Vida berkata sudah menjadi tanggungjawabnya dan segala bil api mahupun air turut ditanggung olehnya.

“Saya ada 20 buah rumah, tapi hanya sebuah rumah sahaja saya diami sekarang. Selebihnya saya bagi staf dan saudara-mara tinggal percuma. Bil api, air semua saya bayar.

“Itulah tanggungjawab saya kepada mereka yang dekat. Harapnya apa yang saya bantu memberikan kesenangan buat mereka, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Vida berkata jumlah nilai keseluruhan hartanah berkenaan dianggarkan mencecah RM50 juta meliputi kawasan perumahan komersial dan kediaman mewah serta tidak bercadang untuk menjualnya meskipun ada yang berminat untuk membeli.


“Semua 20 buah rumah itu lebih kurang RM50 juta. Kawasan yang saya beli kebanyakannya komersial. Ada yang harga RM2 juta seunit, RM1 juta, RM600,000… saya memang ambil corner lot dan banglo.

“Ada orang nak beli, cuma saya tak mahu jual lagi. Kalau saya jual sekarang, nak dapat semula tanah dan kawasan macam itu memang tak akan jumpa.

“Jadi saya simpan sahaja untuk generasi akan datang. Semoga apa yang saya buat ini jadi saham di akhirat,” katanya.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 3-12-2025 09:47 PM
Tahniah,
Kerana telah humble brag.
Nilah yang kita mahukan.
Org2 terpaling "KAYA" mention harga utk setiap menda supaya kekal relevan.
Nape x cite tisu tandas pakai jenama apa, import dari Alaska ke
Quote lanacondor 3-12-2025 10:50 PM
Cuba ikut cam cina. Kaya berkoyan2 harta tetap lah diam2 je.
Quote bioessence 4-12-2025 07:59 AM
lanacondor replied at 3-12-2025 10:50 PM
Cuba ikut cam cina. Kaya berkoyan2 harta tetap lah diam2 je.

Vida bayar cukai cina lari cukai
Quote Hoola 4-12-2025 08:18 AM
tampallah price tag kat setiap rumah
baru org yg lalulalang turut tahu

kat baju2,gelang emas permata pun letaklah sekali

Quote A-Are 4-12-2025 08:20 AM
slyfynx replied at 3-12-2025 01:47 PM
Tahniah,
Kerana telah humble brag.
Nilah yang kita mahukan.

nama pon tok vida mestilah pakai tisu tandas jenama Vinda
Quote AnnaSendin 4-12-2025 08:32 AM
Kayo bethols acik bidah padahal pamoga haus di aidilfitri, lavida coin rugi teroks,
Quote Prickford 4-12-2025 08:47 AM
Susah nak percaya. Bagi staff dan sedara mara tinggal free termasuk bil2. So far iolls rapat dgn tokey2 cina, deyols prefer sedara mara tu usaha sendiri. Jgn nak perabih beras semua benda nak free. Staff mmg idokkk ler dpt rumah, sendiri cari rumah sendiri.
Quote antimca20 4-12-2025 08:51 AM
Tahniah
Quote Kancilkering 4-12-2025 09:13 AM
banyak nye kumpul
rate

Quote fifie_olin 4-12-2025 09:41 AM
Edited by fifie_olin at 4-12-2025 09:42 AM

hari tu brg2 dia da byk lelong
ada lg rupanya harta2 dia
ke sembang kari
Quote TomyamPuteh 4-12-2025 09:51 AM
Aku ni bila org dok gebang pasal kaya raya nih,aku sikit pun tak terkesan.Kalau betul pun diorg punya pasal ,kalau tak betul pun diorg punya pasal jugak
Quote bioessence 4-12-2025 10:24 AM
Lavida coins semesti nya rugi sebab ada Yg untong besar
Quote Burong_Hantuk 4-12-2025 10:42 AM
Quote noor2 4-12-2025 12:44 PM
ALIP SOKRI kata dia ada 500 BUAH RUMAH...
Quote sangbara2020 4-12-2025 12:51 PM
harta usmet vida luar negara xdaa kaaa
Quote Orix 4-12-2025 12:59 PM
money cant buy class kekdahnya
Quote fadz84 4-12-2025 01:39 PM
fifie_olin replied at 4-12-2025 09:41 AM
hari tu brg2 dia da byk lelong
ada lg rupanya harta2 dia
ke sembang kari

Barang lelong aritu pun dia sendiri yg beli.. jadikan staff dia proxy utk beli brg2 tu.. hehe
Quote shernazz 4-12-2025 01:48 PM
Bibir udah mcm pelocok dah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041902 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top