CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidap Kanser Saluran Faraj, Nourul Terpaksa Buang Uterus & Ovari

3-12-2025 09:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3874| Komen: 75

 


Penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia pernah diuji kanser saluran faraj pada 2018 sehingga terpaksa membuang uterus dan ovari pada tahun 2020.

Memetik Harian Metro, Nourul bersyukur mengambil langkah rawatan awal sebelum kanser memasuki fasa lebih serius.

“Bila dapat tahu (kanser), doktor adalah bagi cara mengubat seperti suntikan vaksin HPV (virus papilloma manusia) yang lazimnya untuk wanita berdepan masalah uterus. Doktor suruh cuba dulu enam bulan.

“Tapi kanser itu datang lagi dan berkembang daripada pra kanser kepada tahap satu. Proses itu berlaku sehingga saya mengandungkan Isabella (anak keempat). Kalau makin teruk, saya takkan mengandung.

“Doktor suruh buat sekali lagi analisis dan memang kanser. Saya memutuskan untuk membuang (uterus). Alhamdulillah, sekarang sudah tiada apa-apa,” katanya.

Sementara itu, dia mendapat tahu mengenai kanser berkneaan kerana melakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan kakaknya turut diuji dengan kanser ovari yang lebih serius.


“Sebab lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun, itu yang saya dapat tahu. Alhamdulillah sekarang saya sudah bebas (kanser) dan tak ada apa-apa. Memang tak ada ambil kemoterapi atau rawatan lain.

“Alhamdulillah juga sampai tahap satu saja kerana tahulah kalau sudah sampai tahap satu pun berbahaya. Tahun lalu, saya buang ovari pula dan kakak saya juga kena kanser ovari tahap 3B,” katanya.

Dalam pada itu, Nourul tidak menolak tekanan melampau akibat ditipu sebuah syarikat tempatan pada 2018 turut menjadi antara faktor menyumbang kepada penyakitnya.

“Sebuah syarikat tempatan kata nak taja dan semua perjanjian pun ada untuk memberi dana RM80,000. Saya dan suami okay, percaya, tanda tangan perjanjian, keluar duit dulu pergi buat album di Perancis.

“Rupanya kami ditipu syarikat itu, kes pun masuk mahkamah, namun mereka lesap dan sampai ke hari ini RM80,000 itu tak dapat. Itu memang antara dugaan hidup paling besar buat saya.

“Memang pun kalau stres disebabkan hormon kortisol tinggi. Kebanyakan yang dapat masalah kanser sekarang sebab stres,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 3-12-2025 09:52 PM
HPV ni mcm std kan lama2 cancerous?  Entahlah wallahualam.
Quote likilu 3-12-2025 09:59 PM
So dia still jual shaklee ke tak
Quote TravellingBear 3-12-2025 10:59 PM
Ni cerita dia kanser dah tak ada (?)

Kenapa bukak balik cerita ni


For info, byk org yg aku kenal consume herbalife dpt kanser, tak tahu la kebetulan atau mmg soy powder tu lah penyebab
Quote piahsemah 3-12-2025 11:29 PM
TravellingBear replied at 3-12-2025 10:59 PM
Ni cerita dia kanser dah tak ada (?)

Kenapa bukak balik cerita ni

Eh..samalah..ramai yg iols knl pun sama
Yg mkn hidupherba ni ada cyst,fibroid
Takkan kebetulan kan
Derang mmg kurus masa mkn hidupherba ni
Kalau takder cyst pun ada jer iols dgr sakit dlm perut
Quote heythere123 3-12-2025 11:52 PM
TravellingBear replied at 3-12-2025 10:59 PM
Ni cerita dia kanser dah tak ada (?)

Kenapa bukak balik cerita ni

meols pernah baca jugak pasal kes soy powder linked to cancer. Mula2 meols ingat sebab kacang  soya tapi makan tempe okay pulak kan
Quote pocongkiutss 4-12-2025 12:06 AM
heythere123 replied at 3-12-2025 11:52 PM
meols pernah baca jugak pasal kes soy powder linked to cancer. Mula2 meols ingat sebab kacang  soy ...

Maybe sbb kita mkn tempe tu bknlah sekerap mcm minum benda tu kan..minum benda tu bkn ke tah bape kali sehari..mgkin segelas tu pun dh pekat kandungan soyanya ke kan
Quote Nurkaseh01 4-12-2025 12:25 AM
Edited by Nurkaseh01 at 4-12-2025 12:29 AM
TravellingBear replied at 3-12-2025 10:59 PM
Ni cerita dia kanser dah tak ada (?)

Kenapa bukak balik cerita ni


Pernah dengar herba pueraria pun bole menyebabkan cancer.org jual jamu selalu letak pueraria ni untuk anjalkan balik breast,tapi sebenarnya bole menyebabkan breast cancer
Quote Shayang 4-12-2025 05:14 AM
Maybe faktor genetik juga sebab kakak dia pun kena kanser.
Syukurlah tahu awal maybe sebab dia setiap tahun pi wat pap smear tu

Quote Tinot7 4-12-2025 07:43 AM
Citer lama.. awat ungkit lagi..
Quote me12345 4-12-2025 08:23 AM
Soy dan pueraria yg tingkatkan collagen semua ni utk yg sensitive mmg dtg kanser..bukan semua irg sama.. nak muda nk cantik dpt kanser. Esp those yg badan estrogen tinggi..jgn mkn collagen base atau hormon etc..
Quote Prickford 4-12-2025 08:40 AM
TravellingBear replied at 3-12-2025 02:59 PM
Ni cerita dia kanser dah tak ada (?)

Kenapa bukak balik cerita ni

Ada sorang budak ni, main gym, mmg buat badan la, jenis consume supplemet utk buat body, skang sakit kena kanser. Tak tau la itu salah satu penyebab ke. Yg iolls pelik, yg tak jaga kesihatan, tak senam, minum ketum, bila check up, sihat walafiat
Quote NazRysha 4-12-2025 08:44 AM
Prickford replied at 4-12-2025 08:40 AM
Ada sorang budak ni, main gym, mmg buat badan la, jenis consume supplemet utk buat body, skang sak ...

ketum tu ubat
sebulan sekali boleh la minum
sakit2 badan sakit urat memang mujarab
satu lagi kalau seks tahan lama
sekian
Quote Prickford 4-12-2025 08:58 AM
Banyak plak iolls nak ulas :

1. Lah kes lama ke? Mula2 baca headline ingatkan baru ni kena. Tiba2 je.
2. Kalau dah ada kanser, amik suntikan HPV mcm tak kena. Sebab iolls penah tanya doktor. Kena rawat kanser tu, bukan amik vaksin HPV.
3. Dia ada kanser ovari, kakak dia pon sama. Kemungkinan keturunan sebab mak mertua iolls pon kanser ovari, ipar2 pempuan iolls semuanya ada masalah cyst dan ada sorang takleh pregnant. Masa mertua gi check pon, faktor keturunan salah satunya sebab adik beradik mertua pon ada yg kena kanser ovari.
4. Lahhh...kau dah tak relevan, bayar RM80K nak buat album kat Perancis buek apooo??? Sudahnya kena tipu. Kalau jadi buat pon tetap sendu nyah.

Quote Prickford 4-12-2025 09:00 AM
NazRysha replied at 4-12-2025 12:44 AM
ketum tu ubat
sebulan sekali boleh la minum
sakit2 badan sakit urat memang mujarab

Mak aihhh...seks tahan lama? Ingat deyols yg minum ni nak stim je.
Quote ihtisyam1 4-12-2025 09:01 AM
Evening primrose oil pun boleh mengaktifkan sel kanser, aku buat ovari test last year... result dia tak cantik, aku cosult doktor, di kata tak perlu bimbang coz bacaan rendah lagi dan cek cara pemakanan aku, dia srh stop EPO ni... tak tau la relate ke tak, aku stop tp x berani g cek lg
Quote arffa 4-12-2025 09:39 AM
likilu replied at 3-12-2025 09:59 PM
So dia still jual shaklee ke tak

Dia jual Herbahidup
Quote arffa 4-12-2025 09:42 AM
Kalau tengok penerangan Dr Aishah Langkawi tu virus HPV ni boleh di transfer jika kita pernah seks berbilangan pasangan. contoh laki kita main dengan perempuan yang memang ada virus HPV, pastu main lak dengan kita so virus tu boleh transfer. waima kalau kawen dua ke kalau madu ada virus HPV kita pun boleh dapat. Tengok kat FB Dr. Aishah tu untuk penerangan lanjut.
Quote arffa 4-12-2025 09:44 AM
TravellingBear replied at 3-12-2025 10:59 PM
Ni cerita dia kanser dah tak ada (?)

Kenapa bukak balik cerita ni

Ramai yang consume soy ni yang aku kenal kena fibroid, endo dan cyst. even mengandung minum banyak soya pun tak elok anak keluar kulit sensitive. tahu ni masa jumpa pakar anak kena eczema masa baby dulu. mengandung seterusnya tak minum soya dah Alhamdulillah anak takde masalah kulit ni.
Quote TravellingBear 4-12-2025 10:34 AM
heythere123 replied at 3-12-2025 11:52 PM
meols pernah baca jugak pasal kes soy powder linked to cancer. Mula2 meols ingat sebab kacang  soy ...

Fermented soy BAGUS untuk kesihatan..... seperti tempe, tahu, taucu, natto etc. Tapi taufufah tak sure fermented atau tidak , kena tanya nutritionist


Tapi soya yg original boleh mempercepatkan sel kanser jadi aktif. So minum air soya kosong (dah la tak sedap) tak bagus utk kesihatan. Kalau sekali sekala tkde mudarat pun. Yg mudarat hari2 , byk plak tu. Soy powder lagi lah...

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.054898 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top