CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiram mati secara besar-besaran di Jepun

1-12-2025 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1064| Komen: 2



TOKYO: Tiram di Jepun dilaporkan mati secara besar-besaran di beberapa kawasan pengeluar utama negara itu dipercayai akibat peningkatan suhu laut, menurut pihak berkuasa hari ini.

Di beberapa kawasan pantai Laut Pedalaman Seto di barat Jepun iaitu wilayah yang menyumbang lebih tiga perempat pengeluaran tiram ternakan negara, kira-kira 90 peratus tiram yang diternak dilaporkan mati.

Penternak tiram lebih 20 tahun, Tatsuya Morio, berkata beliau tidak pernah mengalami kejadian seperti itu sepanjang pengalamannya menjadi penternak tiram.

Pegawai di wilayah Hiroshima yang bersempadan dengan Laut Pedalaman Seto, Shoichi Yokouchi, berkata beliau mengesyaki suhu air yang tinggi bersama faktor lain menjadi punca kematian tiram secara besar-besaran.

Menurut data pentadbiran wilayah, purata suhu air di pesisir pantai Hiroshima dari Julai hingga Oktober lalu yang juga tempoh penting bagi penternakan tiram di Jepun meningkat 1.5 hingga 1.9 darjah Celsius berbanding purata 1991 hingga 2020.


Ketua Bahagian Produk Marin, Yokouchi, berkata sekiranya suhu tinggi berlarutan selama beberapa minggu lagi, ia akan melemahkan tiram dan menjadikannya lebih mudah dijangkiti virus serta bakteria.

Kadar kematian tiram yang dituai lazimnya antara 30 hingga 50 peratus.

Bagaimanapun, temu bual oleh agensi perikanan pada pertengahan November lalu menunjukkan kadar kematian antara 60 hingga 90 peratus di bahagian tengah-timur Wilayah Hiroshima, manakala kadar normal atau sedikit meningkat dicatatkan di bahagian barat, menurut Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF) minggu lalu.

"Hujan yang sedikit pada Julai lalu, selain suhu air yang tinggi menyebabkan paras kemasinan meningkat sehingga menjejaskan tiram," kata pegawai penyelidikan teknologi produk marin, Shinichiro Toi.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-12-2025 12:16 AM
Pasal suhu air naik. Air jadi lebih masin.


Quote nisako 2-12-2025 10:34 AM
tercemar ke or sbb lain

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.041845 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top