CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Satu pengumuman besar..’ – Erra, Mr. E umum tarikh nikah esok?

1-12-2025 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8725| Komen: 130

 


Spekulasi bertebaran kembali, pelakon dan penyanyi Erra Fazira dikhabarkan bakal mengumumkan mengenai majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain, esok.

Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, dikatakan akan berkongsi tarikh hari bahagia mereka serentak pelancaran video muzik lagu berjudul Cinta Abadi di sebuah hotel di Selangor.

Menurut sumber, dendangan yang pernah dirakamkan pada tahun 1994 sebaik bernaung di bawah Polygram Record itu difahamkan dipilih sebagai lagu tema perkahwinannya.

“Esok adalah hari pelancaran video muzik Cinta Abadi, esok juga difahamkan Erra dan calon suaminya bakal membuat satu pengumuman besar.

“Lagu tersebut juga dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bersejarah mereka,” ujar sumber terbabit.

Cinta Abadi yang dimuatkan dalam album pertama menggunakan judul namanya adalah nukilan komposer Razman, manakala lirik oleh Datuk Habsah Hassan.


Begitupun, sumber enggan menyatakan tarikh pernikahan mahu pun resepsi pasangan terbabit, sebaliknya meminta khalayak menunggu pengumuman itu.

“Lain-lain perincian lanjut termasuk tarikh pernikahan kita tunggu sahaja esok,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sekitar Ogos lalu tercetus desas-desus mengenai tarikh pernikahan Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu dengan usahawan, Ezwan Zain. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 1-12-2025 06:44 PM
Fefeeling retis top lg ke
Quote kaseh80 1-12-2025 06:49 PM
Nak kawing
Nikah je le
Nak annnounce pulek
Perasang much
Quote redz85 1-12-2025 07:40 PM
nikah aje lah.. bukan 1st time kawin.. nak masuk 3 kali
Quote ReginaGeorge 1-12-2025 08:02 PM
Dah tua, elok la kawin cepat. Ada juga yg nak urut2 belakang nanti.
Quote limau_lemon 1-12-2025 08:47 PM
Mmg nak nikah pon...tarikh cantik
Quote Carcosa 1-12-2025 08:56 PM
Kawen jelah. Semak. Dah beruban pun kerang bakar ko tu, Erra oiii. Koser la. Membilang jantan je kerja ko.
Ni kang brp lama lak kawin??
Quote Incanto 1-12-2025 09:10 PM
12.12 ke?

Quote emera 1-12-2025 09:15 PM
Mamat ni ada kontrobesi x byr kontraktor kabinet kah? Aku tgk gambar kontraktor kat thread dgn gambar kat ig dia, sama!
Quote LadyCarefree 1-12-2025 09:49 PM
Mamat ni kan ada ID yg kantoikan dia tak bayar kerja2 kat cafe dia.
Quote Melanie91 1-12-2025 10:24 PM
Akhirnya. lama jugak dia menjanda.
Quote SpyLeman 1-12-2025 10:27 PM
Tak excited pun selagi tak gi repair rambut bakal suami tu
Quote seibei 1-12-2025 11:02 PM
SpyLeman replied at 1-12-2025 10:27 PM
Tak excited pun selagi tak gi repair rambut bakal suami tu

Quote awenda507 2-12-2025 12:18 AM
Aduyai da 50an nk kawen kali ke3 dah pun mengalahkn anak dara sunti sibuk nk announce2 bagaii
Quote theotherfriend 2-12-2025 01:38 AM
emera replied at 1-12-2025 09:15 PM
Mamat ni ada kontrobesi x byr kontraktor kabinet kah? Aku tgk gambar kontraktor kat thread dgn gamba ...

Iols pun terbaca jugak kat thread.
Quote Vanillah 2-12-2025 07:19 AM
Edited by Vanillah at 2-12-2025 07:28 AM

Confirm nak nikah. Sumber dari pihak lelaki. My brother dapat jemputan dari bakal pak mentua erra
Quote Minami2013 2-12-2025 07:25 AM
Moga dipermudahkan & moga lelaki ni lelaki yg baik utk erra walaupun dah ada gosip hutang
Quote prince_marhaen 2-12-2025 08:09 AM
masih takleh move on bakal laki dia muka & rambut macam pengkid tuaaa...
Quote weezerfan 2-12-2025 08:24 AM
Adakah bakalan membela biawak jugak erra ni?haihlah cariklah bakal laki yg semenggah sikit.rupa letop xkn x jumpa yg elok.
Quote Gulahati88 2-12-2025 08:29 AM
Vanillah replied at 2-12-2025 07:19 AM
Confirm nak nikah. Sumber dari pihak lelaki. My brother dapat jemputan dari bakal pak mentua erra

Erkk.. tak apalah kalau dh acik erra sukeeee... harap acik erra dh fikir masak semasak masaknyeeee..... lelaki ini nampak..ermmm.... ????

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.049068 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top