CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Terima Cik B Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat”

29-11-2025 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 819| Komen: 16

  


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida akui tersentuh membaca luahan emosi anaknya, Cik B, yang tular baru-baru ini.

Memetik BH Online, Vida berkata dia tidak sangka anaknya berkongsikan perasaan secara terbuka dan Cik B pernah memberitahunya bahawa dia tidak boleh menjadi anak perempuan seperti yang dimahukan.

“Sebenarnya, saya tengok perkongsian Cik B selepas viral. Saya tidak sangka dia buat perkongsian sebegitu. Dia seperti betul-betul merasakan dia tidak cantik.

“Dia selalu cakap kepada saya, dia tak boleh jadi anak mama seperti yang mama harapkan. Saya tidak sangka dia luahkan itu dalam media sosial.

“Saya selalu tanya dia, apakah dia sayang mama. Dia cakap sayang. Jadi, dia memang katakan dia berharap boleh jadi anak perempuan seperti yang saya mahukan, tetapi, bagi dia, tak boleh,” katanya.

Bagaimanapun, Vida berkata dia melihat perubahan anaknya dan kasih sayang terhadap anaknya itu tidak berubah serta menerima Cik B seadanya.


“Dahulu, dia tidak bersolek dan tidak pakai pencuci muka. Sekarang, dia pakai dan muka bersih. Dahulu, penampilan Cik B ala ‘tomboy’ sebab selesa dan memudahkan dia.

“Insya-Allah dalam kehidupan lain, Cik B akan menjadi bidadari yang cantik. Apaa-apapun saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk Cik B.

“Saya simpan kesedihan. Saya tak nak tunjuk kepada dia. Saya nampak dia ‘struggle’ jadi anak perempuan yang kelihatan ‘girlish’. Saya terima Cik B seadanya. Saya sayang Cik B. Apa-apa pun, Cik B anak mama yang hebat,” katanya.

Sumber: – BH Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 29-11-2025 01:52 PM
Dh pelik kenapa muka ko tu bidah
Quote tukul 29-11-2025 04:32 PM
Dah anak ko bidah oiii...mmg la ko sayang...
Quote dua_chzy 29-11-2025 04:46 PM
Ok la sayang anak. Daripada jadik mak toksik tak sayang anak macam mak Anna Jobling.
Quote sayawifenikmie 29-11-2025 10:02 PM
kenapa nak kata "sayang seadanya" ?
simpan kesedihan pasaipa ?
Quote makciktijah 30-11-2025 05:25 PM
tak abis2 dlm kehidupan yg lain.
Quote tepisket.. 30-11-2025 05:27 PM
Aku rasa mak dgn anak elok g psy.. Dua2 ada ptsd aku rasa..
Quote Mimo.mimo 30-11-2025 11:08 PM
Sebenarnya both ada past trauma yang buatkan diorang jadi macamni sekarang.

Vida pernah lost 2 anak. Cikb pulak pernah kena dera dengan bibik. That's why la kot eh
Quote Minami2013 1-12-2025 02:08 AM
Tgk kawan2 cik b pun semua lelaki.. dah selesa gitu agaknya.
Quote youell 1-12-2025 07:22 AM
Walaupun xkenan mak nya.. Tp iolls ada soft spot utk cikB. Nmpk boyish kasar mcm tu, tp iolls percaya cikB Sgt bersopan & beradab budaknya. Dan cikB comel je. Cuma biasa la kpi nurtizen Malaysia ni, yg putih kurus je nurtizen kata lawa.
Quote A-Are 1-12-2025 07:48 AM
youell replied at 30-11-2025 11:22 PM
Walaupun xkenan mak nya.. Tp iolls ada soft spot utk cikB. Nmpk boyish kasar mcm tu, tp iolls percay ...

ya kalau tgk sopan je orangnya..haritu dengar podcast sembang seram cik b, dia trauma dgn bibik masa kecik kena dera...
Quote HoneyManjer 1-12-2025 09:24 AM
jgn la normalise cakap dalam kehidupan lain....
tgk ramai da dok cakap macam ni....
dalam kehidupan lain nak jadi laki
dalam kehidupan lain nak jadik katak
dalam kehidupan lain nak jadi batu

haih...takde da kehdupan lain...
cakap jer
di syurga yg kekal abadi anak mama akan jadi bidadari yg paling cantik sekali

Quote brunesss 1-12-2025 09:27 AM
cikb memang anak yang hebat. walaupun mak nya mcm sot kadang2. tapi dia memang meratukan ibu nya
Quote A-Are 1-12-2025 10:28 AM
That’s the love of a mother..
Quote Purestteam1 1-12-2025 11:03 AM
lain mcm muka bida
Quote atniz 1-12-2025 02:18 PM
Quote KamikuP 3-12-2025 03:39 PM
Scammer bibir terjuih buat cerita sedih pul;ak.. dasar anak beranak scammer..

* Queen Aishah tersenyum sinis *

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.056543 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top