CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebakaran Hong Kong dipadamkan, lebih 94 nyawa melayang

28-11-2025 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2078| Komen: 20

 


HONG KONG – Kebakaran paling dahsyat di Hong Kong  dalam tempoh beberapa dekad  akhirnya berjaya dipadamkan hari ini, namun angka kematian terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 94 orang.

Api merebak pantas di kawasan perumahan Wang Fuk Court, daerah Tai Po, utara Hong Kong malam Rabu lepas. Kebakaran itu merebak melalui lapan bangunan kediaman tinggi dan memusnahkan kompleks yang padat dengan penghuni.

Selepas terbakar selama lebih 40 jam, api ‘sebahagian besarnya telah dipadamkan’ menjelang pukul 10.18 pagi tadi, kata perkhidmatan bomba ketika mengumumkan bahawa operasi mereka sudah berakhir.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran itu, termasuk memeriksa perancah buluh dan jaring plastik yang melilit kompleks kediaman itu sebagai sebahagian daripada kerja  pengubahsuaian utama.

Di blok-blok pangsapuri yang hangus, pasukan penyelamat masih  mencari mangsa  terselamat dan memasukkan mayat ke dalam beg-beg hitam. Seorang wartawan AFP mengira terdapat empat mayat dimasukkan ke dalam beg hitam dalam  tempoh 15 minit.


Semua mayat dibawah ke  bilik mayat berhampiran di Sha Tin, manakala waris mangsa tiba pada sebelah petang untuk proses pengecaman.

Ramai mangsa dipercayai belum ditemui, walaupun jumlah sebenar orang hilang tidak dikemas kini sejak awal kelmarin.

Hari ini, pihak berkuasa berkata,  lebih 50 orang masih dirawat di hospital, dengan 12 dalam keadaan kritikal dan 28 mangsa  serius.

“Satu bangunan terbakar dan api  merebak ke dua blok bangunan lain dalam masa kurang 15 minit.

“Kebakaran merebak sangat pantas. Api membara merah, saya gerun memikirkannya,” kata seorang saksi kejadian berusia 77 tahun bernama Mui.

Kebakaran itu adalah yang paling berdarah di Hong Kong sejak tahun 1948, apabila letupan diikuti dengan kebakaran membunuh sekurang-kurangnya 135 orang. – AFP 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imthegirl 28-11-2025 04:42 PM
Belah belah HK China memang pakai scaffold buluh, sejak dlu lagi. Iols macam kejutan masa mula mula nampak kat sana, lepas pulak tu safety sana pakai scaffold buluh gitu. Bila jadi terbakar gini baru nk siasat, padahal ko jalan setiap 100m boleh nampak dah scaffold buluh tu. Peel tanah bertuah sini jugak le.
Quote orkid_amani 28-11-2025 05:20 PM
Xfaham mcmna boleh merebak sampai terbakaq 8 bangunan skali? Tiupan angin la punca api merebak tu? Tengok binaaan buluh tu mcm utk satu2 bangunan..
Quote airfilterkotor 28-11-2025 05:45 PM
1000004345.jpg
1000004346.jpg
1000004347.jpg
Quote cm_vungtau 28-11-2025 06:00 PM
Sekarang dah 128 with 200 plus still missing
Quote riyadhK 28-11-2025 07:04 PM
orkid_amani replied at 28-11-2025 05:20 PM
Xfaham mcmna boleh merebak sampai terbakaq 8 bangunan skali? Tiupan angin la punca api merebak tu? T ...

Api cepat merebak sbb dorng guna mesh hijau tu untuk balut buluh satu bangunan tanak bg sisa binaan jatuh merata. Tp i musykil jgk la bkn ke sepatutnya menda tu jenis fire-resistant materials ke? Guna buluh tu pon satu hal dah. Buluh kering memang makanan api la.
Quote Weller 28-11-2025 07:11 PM
net hijau tu yang tangkap api


scaffold buluh tu mostly maintain


ada a few youtubers explain pasal ni


Quote Jitu 28-11-2025 07:55 PM
ngeri sekali terbakar terus merebak mcm tu
Quote cmf_jeangrey 28-11-2025 08:23 PM

Mmg simpati sgt tengok reaksi pokcik tu
Hilang segala2nya dlm masa 40 jam



Quote orkid_amani 29-11-2025 01:29 PM
riyadhK replied at 28-11-2025 07:04 PM
Api cepat merebak sbb dorng guna mesh hijau tu untuk balut buluh satu bangunan tanak bg sisa binaa ...

Ooh mesh hijau tu mmg cepat laa api merebak bakar sampai naik ke ats bangunan kan.seram tengok 8bagunan rumah terus yg dijilat api.. bomba pun xboleh nak buat apa kn..sbb api cepat naik sampai ats tu
Quote kakikuDibibirmu 29-11-2025 04:29 PM
Kenapa tak gantikan dengan ekzos buluh?

Nak kasi tak bunyi pun boleh

[youtube]_31MLFG3Q2Y[/youtube]
Quote monreyes 29-11-2025 05:57 PM
aku pernah jumpa sorang Arab ni masa gi sana. Mintak makanan kat restoran, owner Arab, pekerja Indon...dia kata yg mintak makanan tu overstay, dia kata boss suruh cuci pinggan baru boleh makan, technically mesti ramai illegal workers yg x blh kenal pasti jugak
Quote sfrnna 29-11-2025 10:48 PM
Lepastu diorg guna flammable styrofoam kan kat window utk renovation tu. Sbb tu jd lg cepat merebak
Quote sharlenetexas 29-11-2025 10:53 PM
Edited by sharlenetexas at 29-11-2025 10:55 PM
sfrnna replied at 29-11-2025 10:48 PM
Lepastu diorg guna flammable styrofoam kan kat window utk renovation tu. Sbb tu jd lg cepat merebak


Macam kebakaran kat bangunan kwsp pj dulu. Bila ada spark terus sambar styrofoam dan bahan mudah terbakar. Tak silap ada kes apartment kat uk macam ni jugak.




Quote emera 29-11-2025 11:12 PM
sharlenetexas replied at 29-11-2025 10:53 PM
Macam kebakaran kat bangunan kwsp pj dulu. Bila ada spark terus sambar styrofoam dan bahan mudah t ...

Yg kat uk tu, yg apartmrnt tbkr ms bulan puasa.. lbh krg laa puncanya. Material luar bangunan tu je is cpt makan api.
Quote nisako 1-12-2025 11:47 AM
teruknye sian
Quote A-Are 1-12-2025 12:24 PM
sedihnya tgk gambar lelaki tu..hongkong ni mmg byk rumah apartment...padat penduduk pulak tu..bila jd mcm ni sempat ke nak lari..
Quote airfilterkotor 1-12-2025 01:56 PM
Edited by airfilterkotor at 1-12-2025 01:58 PM

Fire-gutted interiors at Wang Fuk Court units revealed   Source URL : Fire-gutted interiors at Wang Fuk Court units revealed  | The Standard [url]https://www.thestandard.com.hk/hong-kong-news/article/318169/[/url]

9_2_44_0.jpg

2_2_48_0.jpg

592559636_1315040840653226_2363592485396643191_n.jpg

590237298_1315040790653231_8932549968422194901_n.jpg

593511985_1315040870653223_4506507680712192745_n.jpg


Quote hart_attack 1-12-2025 02:06 PM
Tgk citer jakie chan pun ada berlakon rumah tinggi² pakai buluh masa action lawan²
Quote BoongaKertas 3-12-2025 02:39 PM
sedih tgk polis diorng bagi statement berapa jumlah mangsa as of yesterday. dlm 140++ dah..sedihnya.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075970 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top