CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahronizam Disahkan Hidap Kanser Tahap Dua

28-11-2025 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2315| Komen: 29



Pelakon dan penyanyi Safura Yaacob mengesahkan ketumbuhan scapula atau tulang belikat dialami suaminya, pelakon Shahronizam Noor adalah kanser tahap dua.

Memetik Harian Metro, Safura memaklumkan mereka menerima keputusan biopsi pada Khamis dan suaminya akan memulakan rawatan radioterapi pada hujung bulan ini.

“Assalamualaikum, hari ini kami balik dari hospital dan dah dapatlah biopsi daripada pembedahan itu, Shahronizam disahkan menghidap kanser tahap dua.

“Bagaimanapun, keadaan tulang dalam itu (ketumbuhan dialami) adalah tahap tiga yang ganas dan kemungkinan besar boleh tumbuh balik dan disebabkan itu dia (Shahronizam) perlu membuat rawatan radioterapi dulu.

“Shahronizam akan mula buat radioterapi pada hujung tahun (Disember ini) sebanyak 33 kali dan selepas itu kita tengok keputusannya macam mana,” katanya.

Sebelum ini, Shrhonizam berkata dia reda dengan apa juga keputusan diperoleh dan bersedia menjalani radioterapi sekiranya ketumbuhan diamalinya itu adalah kanser.


Sumber : Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jasmeen 28-11-2025 03:25 PM
Semoga cepat sembuh ya,semoga dipermudahkan urusan sekeluarga
Quote PULANGKAN 28-11-2025 03:35 PM
syafakallah
Quote doubleA 28-11-2025 03:37 PM
Syafakallah. Semoga diberi kesembuhan
Quote Sekaisilver 28-11-2025 03:45 PM
Semoga diberi kesembuhan & kembali sihat
Quote red_velvet 28-11-2025 05:57 PM
Syafakallah.. Semoga cepat sembuh tanpa sebarang mudharat. Meols suka di berlakon.. Zaman muda heols memang good looking. Masa jadi suami maya dlm PHSM, heols sangat hensem...
Quote lanacondor 28-11-2025 09:39 PM
Semoga diberi kesembuhan..Aamiin
Quote sharlenetexas 28-11-2025 09:42 PM
Semoga permudahkan urusan. Syafakallah.


Quote 3chanceno 28-11-2025 09:44 PM
Semuga dipermudah urusan & segera sembuh...Aktor yang berkaliber & macho.
Quote Purplehaz 28-11-2025 11:03 PM
semoga cepat sembuh, bebas kanser, sabar, tabah.
Quote TeropongThaico 29-11-2025 01:18 PM
Harap dikurangkan beban kesakitan dan diberi kesembuhan akhirnya
Quote nadie90 29-11-2025 11:18 PM
Syafakallah....semoga dikurniakan kesembuhan.
Quote fazila17 29-11-2025 11:23 PM
Moga Allah beri kesembuhan sepenuhnya…
Quote dua_chzy 30-11-2025 01:27 AM
Meols aminkan doa korang semua.

Quote cap_ayam 30-11-2025 05:52 AM
Selamat menjalani rawatan, insyaAllah sembuh.
Quote kucingitam 2-12-2025 10:35 AM
semoga kembali sembuh dan bebas kanser. tiap kali potong ayam aku teringat kat dia.. sbb dia terpotong jari masa potong ayam nak bagi kucing makan.
Quote awenda507 2-12-2025 05:52 PM
Semoga dikurniakan kesembuhan. Aamiinn
Quote little_sis 2-12-2025 07:33 PM
Dua2 hebat berlakon. Semoga dipermudahkan urusan rawatan dia.
Quote KamikuP 3-12-2025 10:15 AM
Moga cepat sembuh. Aamin
Quote Binderclips 3-12-2025 10:30 AM
Knp la bukan anak sedara dia poyo tu kne kanser?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051926 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top