CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sebulan Lalu Arwah Kemurungan, Tak Mahu Jumpa Adik Beradik” - Noor Kumalasari

28-11-2025 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1572| Komen: 9

 


Pelakon veteran, Noor Kumalasari berkongsi sebulan sebelum pemergian, Allahyarham Dharma Harun Al Rashid mengalami kemurungan dan memilih untuk menyendiri.

Memetik HibGlam, Noor Kumalasari berkata perkara itu dimaklumkan oleh keluarga arwah yang memberitahu Dharma tidak mahu berjumpa dengan sesiapa termasuk adik beradiknya.

“Baru-baru ini ahli keluarganya beritahu saya, sebulan lalu arwah alami kemurungan. Dia jadi sangat ‘down’, sampai adik-beradik sendiri pun dia tak mahu jumpa.

“Dia lebih banyak menyendiri dan mengurung diri. Jadi, ketika Syafiq (anak Dharma) pulang dari kolej dan bertemu dengannya, sebenarnya masa itu arwah baru sahaja melalui fasa kemurungan itu,” katanya.

Sementara itu, Noor Kumalasari berkata arwah pernah meluahkan kepadanya dia merasa tertekan kerana sudah lama tidak bekerja dan tahun ini arwah diberikan rezeki untuk berlakon.


“Arwah pernah beritahu saya, dia murung sebab dah lama tak bekerja. Dia memang jenis suka bekerja, suka bergerak. Saya pernah nasihat, kalau rasa rindu nak bekerja, ambil saja apa-apa kerja dalam industri. Tolong-tolong pun tak apa.

“Walaupun bukan kerja tetap, pergilah ke set penggambaran. Dia suka suasana orang seni. Sekurang-kurangnya dia tak duduk di rumah dan tenggelam dalam kemurungan. Alhamdulillah, selepas itu rezekinya mula datang,” katanya.


Sumber : HibGlam, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 28-11-2025 08:45 PM
Tetiba teringat filem layar lara.. pelakon2 tua happy dapat berlakon balik
Quote DARSITA 29-11-2025 04:52 AM

Murung la kot adik beradik tak membantu dari segi kewangan. Orang tak bagi kerja sbb dia sah tak sihat ada banyak penyakit. Nanti kalau apa apa terjadi siapa nak tanggung?

Kalau jadi ahli masjid atau surau mungkin idup akan ceria tapi itu la kerana $$$ kerana anak anak yang dimanjakan sangat akhirnya diri sendiri yang susah.

Quote chandrahusin 29-11-2025 07:50 AM
Noor mmg nmpak baik dgn arwah
Ms Noor pegi visit arwah
Menangis arwah nmpak dia
Tp betul lah kata darsita kat atas
Org² tua Melayu ni kena join surau
Ada gak org ambik tau
Quote Samerosie 29-11-2025 07:59 AM
DARSITA replied at 29-11-2025 04:52 AM
Murung la kot adik beradik tak membantu dari segi kewangan. Orang tak bagi kerja sbb dia sah tak si ...

Mungkim x jumpa adik beradik sbb dok pinjam duit tak byr?  Jarang dengar org tua yg depressed esp melayu yg tak nak jumoa aduk beradik sbb itu their first supporter.  Bila berjumpa kurang la rasa sakit sedih boleh mengadu domba.
Quote exclusive_vvip 29-11-2025 08:33 AM
Oh baru sebulan sebelum meninggal je dia xmo jumpa sesiapa termasuk adik beradik..baru sebulan ni, bukannya bertahun2..
Quote lazim 29-11-2025 08:34 AM
Sebulan tu bkn murung xkerja. Sbnrnya tu tempoh mmbilang hari. Abh aku pon dlm sebula sblm mnggal tb2 dia jd pendiam sgt.  Padahal dia happy sbb aku dh settlekan semua htg cc dia. Time2 mmbilng hr ni sbnrnya drg dh mcm xde mood nk berbual atau jumpa org
Quote sarah_ary2 30-11-2025 09:37 PM
betul bila tgk mak iols sebelum ni macam x happy dr iols kecik sampai ke tua, tak dapat nak join kelas kelas kat surau sebab ada problem
jantung, tp lepas dah buat rawatan surgery dah
ok sheols dah join kelas bertani kelas agama ada kawan kawan sekampung, hidup jadi lebih ceria ada je aktiviti yg dia boleh buat
Quote atniz 1-12-2025 02:37 PM
Penyakit mental merupakan satu aspek yg perlu diberi perhatian oleh masyarakat kita la
Quote Straya 1-12-2025 02:42 PM
Ada adik beradik rupanya arwah.Gaya diaorang ni macam tak ada saudara mara & atuk nenek. Diaorang bertiga aje in their own bubble.Cuma bila takde duit,sewa tertunggak baru nampak bayang mintak ehsan orang dgn macam2 alasan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.044066 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top