CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Azura Iklan Cari Bekas Suami Di Akhbar - “Harapan saya, Encik Adzmin datanglah ke mahkamah"

28-11-2025 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3380| Komen: 43

 


Pelakon dan pengacara Raja Azura mendedahkan dia membuat iklan di akhbar mencari bekas suamiya, Adzmin Osman untuk menyelesaikan tuntutan nafkah tiga anaknya.

Memetik Harian Metro, Raja Azura berkata pendekatan itu diambil susulan bekas suaminya gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan iklan tersebut diuruskan oleh peguamnya.

“Selepas iklan ini keluar, barulah saya boleh bercakap secara umum bahawa ini adalah notis rasmi daripada mahkamah syariah. 

“Harapan saya, Encik Adzmin datanglah ke mahkamah dan selesaikan apa yang perlu. Kalau buat cara baik, lebih elok. Kalau dibiarkan, nanti jadi panjang,” katanya.

Sementara itu, Raja Azura berkata dia yakin bekas suaminya itu masih berada dalam negara serta meminta secara baik agar Adzmin hadir ke mahkamah.

“Saya rasa dia masih di Malaysia. Saya minta dengan cara baik. Saya bukan merayu. Saya hanya nak dia hadir. Tiada istilah merayu. Sila hadir, Encik Adzmin, 3 Disember nanti,” katanya.


Untuk rekod, Raja Azura dan Adzmin yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, mendirikan rumah tangga pada 2001 namun berpisah pada 28 September 2010.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22 dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20 tahun.


Sumber :  Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 28-11-2025 05:46 PM
lari rumah ka?
menyorok betul ni
family pun tatau dia p mana or tamau masuk campur?
Quote rainbowrainz 2-12-2025 04:54 AM
Apa kes ni
Quote ekselen 2-12-2025 02:00 PM
hilang terus husband sheols ni... kesian jgk sbb merata2 carik
Quote sayawifenikmie 2-12-2025 03:04 PM
... kenapa selepas 15 tahun ?
Quote brainbiru 2-12-2025 03:18 PM
Utk kes apa ye? Tuntutan nafkah ke?
Quote Straya 2-12-2025 04:23 PM
Keluarga tan sri osman aroff ni tak kisah ke tak jumpa cucu2 dah berpuluh tahun
Quote annehuda 2-12-2025 05:23 PM
ada sorg kawan aku ni, lepas cerai mmg laki dia gone terus. nafkah jgn ckp la. and mmg betul family mertua pun tak tau mana pegi laki dia lepas diorg cerai tu.  tapi kawan aku tu still la pegi raya rumah ex-mertua sbb taknak pisahkan nenek dan cucu.
Quote emera 2-12-2025 07:50 PM
Laki ko dh mati agaknya, kak?!
Quote SpyLeman 2-12-2025 10:23 PM
Taguna punya laki. Harap dia tak kawin lain dan membiak. Nanti ditinggalkan jugak
Quote cap_ayam 3-12-2025 01:02 AM
Lawa gambar raja azura yang ni.
Quote Shahman86 3-12-2025 05:59 AM
Straya replied at 2-12-2025 04:23 PM
Keluarga tan sri osman aroff ni tak kisah ke tak jumpa cucu2 dah berpuluh tahun

Dia dgn family mertua dia ok la..yg buat masalah anak dia bukan mertua dia
Quote sweetfasha 3-12-2025 07:35 AM
susah nak jumpa lelaki yg lepas cerai boleh jaga anak anak elok elok . contoh macam chef wan.. sampai meninggal x wife dia jaga elok hantar umrah hantar pi holiday.. anak anak dimewahkan wlpun dah bercerai..

spesies yg tak kisah anak anak ni elok jangan bagi membiak.. kawin kemain merenyam.. bila bercerai buat buat lupa ada anak

keep strong lah kak engku ye
Quote azimodin 3-12-2025 09:07 AM
Biasanya yg cerai bukan sebab curang, lelaki biawak/lelaki kaki pukul ok je coparenting. Tapi kes yg lelaki tu sebelum kawen pon perangai macam harom, kemungkinan besar memang akan lepas tangan. Macam cousin i dari awal 20-an lagi dah nampak perangai biawak. Masa dia nak kawen pon makcik2 dah nasihatkan ex-wife dia untuk jangan kawen tapi ex-wife dia acah2 solehah nak bawa dia ke jalan yg benar. Masa ex-wife mengandung, cousin i bawak skandal balik rumah.. siap kena tangkap khalwat kat pd. Umur anak 3 tahun dorang divorce. I tak pernah jumpa anak dorang sejak tu. Makcik i nak jumpa cucu dia tapi ex-wife tak bagi sebab cousin i tak pernah bagi nafkah. Rasanya budak tu dah umur 23-24 dah kot.
Quote Sendawg 3-12-2025 09:52 AM
sayawifenikmie replied at 2-12-2025 03:04 PM
... kenapa selepas 15 tahun ?

According to Kak Engku, basically dia tuntut lepas 15 tahun sbb dia sabar and jaga anak2 dgn sendiri sampai diorang dah besar. Sebelum ni dia hanya teruskan tanggungjawab dia sbg breadwinner. Tbh yg ni aku setuju la sbb basically anak2 dia besar dgn baik and ada masa depan, so she successfully raised her kids, and she want to tuntut for that success. If anything ibu2 tunggal should take a page. Sbb Kak Engku tak pernah pun buka aib ex laki dia. Even now pun dia hanya cari untuk tuntut je.
Quote Cpkay 3-12-2025 10:05 AM
ya. kak engku ni tak pernah dengar burukkan ex husband. gosip tak baik pun takde kita dengar.. sayangnya undang undang syariah ni jarang berpihak pada isteri yang teraniaya,
Quote Joysparta 3-12-2025 10:21 AM
azimodin replied at 3-12-2025 09:07 AM
Biasanya yg cerai bukan sebab curang, lelaki biawak/lelaki kaki pukul ok je coparenting. Tapi kes yg ...

Aduh takut i nk kawen lg. Skg byk biawak
Quote Joysparta 3-12-2025 10:23 AM
Cpkay replied at 3-12-2025 10:05 AM
ya. kak engku ni tak pernah dengar burukkan ex husband. gosip tak baik pun takde kita dengar.. sayan ...

Ye dah ler lembap. Laki siap boleh kawen lg biar tak bg nafkah.

Mahkamah rileks je. Berat sebelah ke lelaki
Quote pocongkiutss 3-12-2025 10:29 AM
azimodin replied at 3-12-2025 09:07 AM
Biasanya yg cerai bukan sebab curang, lelaki biawak/lelaki kaki pukul ok je coparenting. Tapi kes yg ...

Yg jenis fefeeling boleh merubah perangai jate keparat ni yg paling susah nk tegur
Quote pocongkiutss 3-12-2025 10:31 AM
Cpkay replied at 3-12-2025 10:05 AM
ya. kak engku ni tak pernah dengar burukkan ex husband. gosip tak baik pun takde kita dengar.. sayan ...

Cam harom kan..pehtu sesama perempuan punn ada yg argue psl bab ni..suh biarkanla..move on la...kenapa lepas bla bla bla br sibuk nl tuntut la..ewww sgt

Iols rasa antara tujuan dia duk cari ni..mgkin juga sbb anak dia dh besar..yg perempuan tu mesti nk kawin nnt kan? Baikla trace skrg

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.042525 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top