CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ada Yang Berhutang Dengan Saya Di Akhirat” – Lufya Omar Tarik Diri Tuntut Nafkah Anak

28-11-2025 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3997| Komen: 70

 


Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan dia telah menarik semula tuntutan nafkah anak yang difailkan terhadap bekas suami, Dr. Che Hafiz.

Menerusi satu hantaran di Insta Story, Lufya berkata keputusan itu dibuat kerana ianya perkara memalukan untuk terus bergaduh mengenai isu berkenaan yang seolah tidak menemui penyelesaian. 

 

“Saya menarik diri daripada tuntutan nafkah anak kerana terlalu memalukan untuk terus bergaduh tentang perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Lufya berkata dia berjuang sendirian dan melepaskan tanggungjawab itu sepenuhnya daripada bekas suaminya.


“Tidak mengapa. Saya cukup gembira untuk ‘melepaskan’ awak daripada tanggungjawab (nafkah) awak itu.

“Peguam saya sangat hebat. Tetapi satu perkara, fikirlah dengan baik apabila awak berkata awak tidak mampu dan mahu melawan saya secara habis-habisan.

“Alhamdulillah, ada seseorang yang banyak berhutang dengan saya di dunia dan akhirat. Semoga ibumu masuk syurga Laana Haura asbab berjuang sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun bercerai pada Jun 2020. Pasangan itu dikurniakan Laana Haura kini berusia tujuh tahun.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 28-11-2025 06:55 PM
Orang dh tempah tiket ke neraka...biar je la lufya....jgn dihalang2...klu difikir2 pn buat sakit hati je...anggap je dia dh arwah...insyaAllah tenang hati nt
Quote cmf_jeangrey 28-11-2025 08:15 PM
Makanya undang2 mewajibkan anak bagi nafkah pd bapa tak terpakai utk anak ni bila besar sok..
Quote sharlenetexas 28-11-2025 09:43 PM
Sheols ni annoying lah. Tak tak seteruk dot dot dot.


Quote zuriey 28-11-2025 10:33 PM
Gaji doktor malaysia ni sengkek sgt ke uolsss sampai tak mampo bayo nafekah anok..
Quote jasmeen 29-11-2025 02:09 AM
zuriey replied at 28-11-2025 10:33 PM
Gaji doktor malaysia ni sengkek sgt ke uolsss sampai tak mampo bayo nafekah anok..

Dr aesthetic,x sure dah dpt LCP ke belum..takkan la takat 500 sebulan utk anak x de. .ruginya ada anak disia siakan
Quote jasmeen 29-11-2025 02:10 AM
Walaupun si lufya ni org kata annoying,tapi aku kesian kat anak dia
Quote chandrahusin 29-11-2025 07:46 AM
Dh kata dh baik gubal undang² psl nafkah bapak pd anak
Tp bkn dh ada ke 1 akta boleh freeze akaun bapak yg culas nafkah anak
Quote katak hijau 29-11-2025 08:02 AM
Aku pernah terbaca komen dlm FB
Mmg bapa tu berdosa kalau abai nafkah anak2
Tp bekas isteri/ isteri pun turut berdosa kalau tak ada usaha "minta" contohnya awal2 dah kata "malas lah aku nak tuntut. Aku ada duit sendiri besarkan anak2"
Tp mcm kes lufya ni dia dah usaha. Mungkin malas nak keluar bajet lagi semata2 nak tuntut nafkah anak. Last2 masa, tenaga, duit dia sendiri pun habis
Quote zuriey 29-11-2025 10:30 AM
jasmeen replied at 29-11-2025 02:09 AM
Dr aesthetic,x sure dah dpt LCP ke belum..takkan la takat 500 sebulan utk anak x de. .ruginya ada  ...

i see . lagi masyuk la kot nohhh
Paling2 busuk 500 takkan ko tak de kan

Quote TeropongThaico 29-11-2025 11:06 AM
Takpe la sekurang2nya dah berusaha
Quote Prickford 29-11-2025 11:13 AM
Walaupon iolks tak minat dia, tapi mmg kesian dgn kes gini. Dia pon malas nak penat2 agaknya turun naik mahkamah, fight sana sini. Kesian anak, hak dinafikan. Takpelah, nnt nak mampos esok baru la teringat nafkah tertunggak tu.
Quote MatDeghem 29-11-2025 11:20 AM
Mana boleh lepas. Nafkah anak tetap tanggung jawab ayah. Mungkin dia minta lebih yg di tetapkan.  Nak hantar anak international school.
Mantan takmo layan. Mesti lawyer dah bagi
nasihat....
Quote MatDeghem 29-11-2025 11:24 AM
chandrahusin replied at 29-11-2025 07:46 AM
Dh kata dh baik gubal undang² psl nafkah bapak pd anak
Tp bkn dh ada ke 1 akta boleh freeze akaun b ...

Kan. Sampai pakai lawyer. Saya percaya ape yg di mintak tak munasabah.
Quote pocongkiutss 29-11-2025 11:37 AM
Prickford replied at 29-11-2025 11:13 AM
Walaupon iolks tak minat dia, tapi mmg kesian dgn kes gini. Dia pon malas nak penat2 agaknya turun n ...

Bila nak mampos..kalau anak taknak jumpa..mula la nk twist ckp aku ni bapak kau..anak derhaka yada yadaaaaa

Agaknya bini baru ada tegur tak suh bg nafkah tu
Quote 800214 29-11-2025 12:00 PM
katak hijau replied at 29-11-2025 08:02 AM
Aku pernah terbaca komen dlm FB
Mmg bapa tu berdosa kalau abai nafkah anak2
Tp bekas isteri/ isteri  ...

Kawan i dah xkoser nak mintak nafkah. Nak cerai pun smpai habis duit kwsp bapaknya bayar lawyer... So cemana kes gitu. Kesian la mangsa pulak berdosa bila jadi gini. Walhal dia dh korban mcm2 dari nak cerai smpai ke nak besarkan anak2
Quote sfrnna 29-11-2025 12:23 PM
Walaupun annoying dia ni tp ex husband selfish ya. Anak dr benih sendiri kot. Bini baru taknak nasihat ke
Quote TomyamPuteh 29-11-2025 12:35 PM
Adakah Julia Hana yg pernah bela doggy tuh sedang meng kuin kontrol kan laki diye?
Quote alieyrina 29-11-2025 05:52 PM
Kalau tuntutan x munasabah kau sbg bapak bank in je lah brapa yg ada utk anak tu. Jgn duk bagi 100 hengget plak.

Kat tt nampak doc ni buat live. Ku swipe malas nak tgk
Quote likilu 29-11-2025 06:41 PM
Mak tiri ada kan xboleh chip in ke

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.033846 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top