CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tipulah Tak Tengok GV12, Anak-Anak Nak Tengok Abah Mereka Menyanyi” - Dr Fie

28-11-2025 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 607| Komen: 5

 


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata dia memerlukan masa untuk move on kerana baginya tidak mudah apatah lagi selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga.

Memetik HibGlam, Dr Fie meminta untuk memberikannya masa kerana apa saja keputusan dibuat akan dinilai oleh netizen sama ada positif atau negatif.

“Bercakap tentang ‘move on, nanti kalau saya ‘move on’ cepat sangat pun salah dan sebaliknya. Jadi saya mohon berikan saya masa.

“Saya dan Nubhan bermula sebagai kawan, jadi memang ambil masa untuk sesuaikan diri,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie mengakui menonton program Gegar Vaganza musim ke-12 yang disertai oleh Nubhan dan anak-anak mahu melihat bapa mereka menyanyi.

“Tipulah kalau kata saya tak tengok. Anak-anak nak tengok abah mereka menyanyi, jadi bagi saya tidak menjadi masalah. Lagipun, saya sendiri memang peminat Akademi Fantasia sejak zaman sekolah dulu,” katanya.


Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menyerahkan hak penjagaan penuh ketiga orang anak kepada Dr. Fie dengan Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.

Sumber : HibGlam, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-12-2025 08:02 AM
Sebab asalnya kau yang kemaruk kat suara angsa tu kan... tu yang susah move on...
Quote Tinot7 1-12-2025 08:09 AM
Best sgt ka sora nuban?
Quote makadek 1-12-2025 08:20 AM
its gonna be me tk sdp langsung diction melayu kuat gila cam org kg
Quote LaskarHijayu 1-12-2025 08:22 AM
Tinot7 replied at 1-12-2025 08:09 AM
Best sgt ka sora nuban?

Masa dia kat af dulu ning yg masa tu jd juri mgu pertama terkesima btol dgn suara dia. Dia nyanyi lagu ruang rindu by letto. Tp tu laaaaaa... hujung lagu ade bunyi angsa
Quote Tinot7 1-12-2025 09:56 AM
LaskarHijayu replied at 1-12-2025 08:22 AM
Masa dia kat af dulu ning yg masa tu jd juri mgu pertama terkesima btol dgn suara dia. Dia nyanyi  ...

Ohh.. kira ada masanya sedap la..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.026595 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top