|
Pelakon Que Haidar berkongsikan dia nekad untuk meninggalkan tabiat buruk dan sedang berusaha dengan mengurangkan pengambilan rokok. Menerusi sesi siaran langsung, Que berkata jika sebelum ini dia mampu menghabiskan sekotak rokok dalam sehari, kini hanya sekotak dalam seminggu. “Dah seminggu, tapi masih ada enam batang rokok lagi. Hebat juga saya boleh bertahan. Kadang-kadang ada hari yang saya langsung terlupa nak merokok. “Ini perkembangan yang sangat baik untuk diri saya sebab memang niat saya nak berhenti merokok. Dulu sehari sekotak, sekarang sekotak seminggu. Perlahan-lahan Insya-Allah akan okay,” katanya. Sementara itu, Que berkata dia memilih untuk memberi fokus kepada perkembangan dirinya sendiri tanpa membandingkan dengan orang lain. “Saya tak boleh bandingkan diri saya dengan hidup orang lain. Yang saya lihat hanya perkembangan diri saya berbanding sebelum ini.
“Dulu sehari sekotak, lepas itu saya perlahan-lahan kurangkan. Sekarang sekotak seminggu. Lama-lama, Insya-Allah saya boleh berhenti terus,” katanya. Sumber : Rotikaya |
bintangct replied at 5-12-2025 01:13 PM
tgk status ex bini kat ig mcm sesuatu pulak
Joysparta replied at 28-11-2025 04:16 PM
Dulu ngan ex nampak wangi je. Why now tak wangi macam dulu?
bintangct replied at 5-12-2025 01:13 PM
tgk status ex bini kat ig mcm sesuatu pulak
thelilyallen replied at 5-12-2025 02:54 PM
status jate dgn jate ke?
bluebutter replied at 28-11-2025 08:22 PM
Sebab itu Muka dia nampak kelam kan?.
Cer tgk pokok yang kena asap colok hari hari kena asap. Cam ja ...

ADVERTISEMENT