CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sebulan Kenal Terus Suami Ajak Kahwin, Dia Suka Buat Pickup Line” - Ibu Shila Amzah

27-11-2025 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2599| Komen: 33

 


Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman berkongsi detik perkenalan dengan suaminya, Brigedier General Tuan Zainal Abidin Muhammad Saleh.

Memetik Oh Bulan, Fauziah atau lebih mesra disapa Mama Zie berkata dia berkenalan dengan suaminya pada Jun lalu dan sebulan kemudian terus mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga.

“Kami berkenalan pada bulan enam dan sebulan kemudian, dia (suami) terus ajak kahwin. Serina Redzuan yang kenalkan kami.

“Kalau kita nak kenal orang sebenarnya, lama mana kita hidup dengan dia pun sebenarnya kita tak kenal pun di sebalik diri dia. Jadi biarlah kita bersama-sama menerima segala kebaikan dan kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Mama Zie berkata dia terpikat dengan personaliti suaminya sekaligus membuatkan dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri.

“Mungkin ketika tu pun kita tengah kosong kan, tak ada siapa-siapa. Tersuka pula ketika itu. Tiba-tiba dia datang, kita terima. 


“Saya suka senyuman dia. Yang kedua mungkin sebab dia suka buat pickup line. Pickup line paling power,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata jodoh dengan Fauziah adalah takdir yang ditentukan oleh Allah tambahan pula anak-anaknya juga menerima isterinya dengan baik.

“Mungkin Allah yang takdirkan semua sebab berjalan dengan lancar. Sebab saya dah single 8 tahun dah… membesarkan anak. Bila saya nak terima Zie (isteri) ini, saya pun bawa anak jumpa. Tengok anak serasi.

“Bila kita kahwin, kita tak naklah kita dua orang yang bahagia. Kita nak bertambah ahli. Kalau dapat dia, hilang anak pun tak guna juga,”katanya.
 

Sumber :- Oh Bulan, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HappyGumbira 27-11-2025 02:17 PM
Tahniah mamazie. Sama2 single sama2 segak. Sepadan sangat. Cik abang kalau ada pencen, dah beli rumah sendiri, aman hidup mamazie cuci kaki.
Quote dua_chzy 27-11-2025 02:44 PM
Segak lakinya.
Quote prince_marhaen 27-11-2025 03:51 PM
Tahniah Mamazie cantik... ringan jodoh Mamazie, sama macam Xila Amxia.. kecuali biawak Xiada.
Quote cikdot 27-11-2025 03:56 PM
tahniah. dapat adik baru la shila tekno pasni
Quote cattiecute 27-11-2025 04:50 PM
serina tu bukan ada kes yang kat perthlis tu ke?
apa cer sekarang?
Quote NuansaBiru 27-11-2025 05:26 PM
Edited by NuansaBiru at 27-11-2025 05:28 PM

Bailah meronta2 baca nih
Pakcik duda duk pickup line makcik janda, kenal sebulan terus ajak kawin, dgn pakej anak2 masing2 happy mak/ayah berjodohan
Bailah pickup line jantan bujang dah setahun, dah diusung ke sana ke mari, dah bergesel2 mcm kucing miang, haghammm, nak declare gefren pun tak sudi inikan pulak nak diajak kawin, siap dgn pakej cold treatment dgn mak si jantan
Bailah patut menuntut ilmu dgn tuan brigadier jeneral
Quote asfaz 27-11-2025 05:31 PM
Tahniah,selamat pengantin baru.
Couple pick up line agi 1 bila lagi ?
Quote Purplehaz 27-11-2025 09:14 PM
boleh la acik xila bwk apak tiri kat konsert tyg kat Emi search ini apak tiri aku bergedil genral berani ko nak jerit pekik kat aku!
Quote Purplehaz 27-11-2025 09:17 PM
semoga berkekalan jodoh , bahagia, syg keluarga anak2 tiri masing2. kalau ada harta siap2 lah susun bagi kat ank2 dulu.
Quote September14 27-11-2025 09:31 PM
So nnti shada tu dpt bilik sdri x?
Quote Hoola 27-11-2025 10:15 PM
nnti mama zie kasi petua kt achik hoola ya
dh lama mnjando ni
Quote jasmeen 27-11-2025 10:33 PM
Diorang ni cam hadap betul dgn kerjaya laki,general brigade la diulang2 rasa macam eh kalau dia bwk taxi mesti ko x sebut kn...dulu laki 1st shils pun mcm ni ,macam bannga sangat laki 1st tu besar and keja bank kt Europe..sudahnya haukkkk
Quote doubleA 28-11-2025 12:02 AM
Harap acik pojiah jangan selalu buka open house benarkan sesiapa tido rumah dah, kena close circle sesama family je. Ghisau tragedi paklalat v2 berulang. Bukan salah acik pojiah selalu buat majelis kt rumah sampai kawan anak tersondol laki, tapi lesson learnt la kan. Keep privacy
Quote doubleA 28-11-2025 12:20 AM
Laki ni masih berkhidmat kan? Kalau ya dan ambik pencen ada benefit la utk mamazie. Raut muka mamazie ni lagi lawa dari cadahbasic tu dia nikah 2 kali. Harap cadah reti sewa bilik sendiri
Quote DARSITA 28-11-2025 02:44 AM
jasmeen replied at 27-11-2025 06:33 AM
Diorang ni cam hadap betul dgn kerjaya laki,general brigade la diulang2 rasa macam eh kalau dia bwk  ...



tak dia mcm ni .. si lalat kawin dgn anak dara muda <--- itu jer la yg lalat boleh dia show-off TAPIIIII mak shila ni isteri yang dicurangi dah tua pulak tu TAPPIII dpt penganti yang lagi WOW! itu pasal disebut sebut perkerjaan tsbt. Tuan Zainal jauh bertiang lagi mancho dari lalat and laki baru Rozita mak si shukri.


Quote Miejaaa 28-11-2025 07:46 AM
Tahniah mamazie
Jangan tayang2 sangat kang kena sondol
Keep low profile je laaa
Quote seibei 28-11-2025 07:47 AM
gelak pepagi bc komen2 dlm ni.
dgn nd lalat, shada basic, shada xde billik, bella, emi search byk betul kes kluarga xila
Quote telracs 28-11-2025 08:03 AM
seibei replied at 28-11-2025 07:47 AM
gelak pepagi bc komen2 dlm ni.
dgn nd lalat, shada basic, shada xde billik, bella, emi search:l ...

Kan...

Ingatkan abil anak amy jer...
Bella sadiq segaraga pun masuk sekali dalam benang ini...


Semoga pernikahan puan fauziah dan encik zainal ini sentiasa diberkati-Nya dan kekal bahagia hingga ke syurga .. amein.
Quote supernaturalee 28-11-2025 08:18 AM
seibei replied at 28-11-2025 07:47 AM
gelak pepagi bc komen2 dlm ni.
dgn nd lalat, shada basic, shada xde billik, bella, emi search:l ...

they should have their own reality tv







Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037543 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top