CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Imamkan Solat Jenazah Hadiah Terbaik Yang Saya Boleh Bagi Kepada Ayah” - Anak arwah Dharma Harun

27-11-2025 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2985| Komen: 60

 


Anak kepada arwah Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq berkata mengimamkan solat jenazah adalah hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada bapanya.

Memetik Oh Bulan, Syafiq berkata sebagai anak dia mahu melakukan yang terbaik buat bapanya ketika jasad bapannya masih berada di depan mata sebelum dikebumikan.

“Saya mandikan dia tanpa rasa segan sebab dia adalah bapa saya.Lepas tu saya tertanya-tanya, boleh ke saya nak imamkan atau ada orang lebih afdal? Saya tanya imam dan juga pak cik saya, kebetulan dia kata, ‘anak lebih afdal, itu lebih baik’.

“Saya cakap dengan diri saya, saya nak buat yang terbaik untuk ayah. Saya mungkin tidak jumpa dia waktu nafas terakhir tetapi sekurang-kurangnya ini adalah hadiah terbaik pada pengakhiran dia ketika jasad masih di bumi,” katanya.

Sementara itu, apabia ditanya punca kematian bapanya, Syafiq berkata disebabkan sakit tua apatah lagi ramai mengetahui keadaan bapanya.


“Uzur sebab dia memang dah berusia. Rasanya semua dah tahu keadaan ayah sebelum ini macam mana. Ayah memang dah hilang selera makan,” katanya.
 

Sumber :- Oh Bulan, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-11-2025 02:35 PM
..Rasanya semua dah tahu keadaan ayah sebelum ini macam mana...



KITORANG SEMUA TAHUUUUUUUUUUUUU.... KAU DENGAN KAKAK BIAWAK KAU JE YANG BUAT-BUAT TAK TAHUUUUU....
Quote Samerosie 27-11-2025 07:33 PM
Saya mandikan dia tanpa rasa segan sebab dia adalah bapa saya.

---
Ya Allah kau dah kenapa nak segan2? Kau expect siapa nak mandilkan lagi? Takanlah kakak kau lak.
Quote akies 27-11-2025 08:23 PM
Lepas ni dh kena berdikari ye.
Cari kerja pula.
Quote ira_sindarella 27-11-2025 08:25 PM
dah terlampau byk saya carutkan beliau. sehingga tak larat lagi nak carut.

semoga kehidupan baik baik je lah utk anak pak dharma. dan semoga pak dharma di alam sana juga tenang.
Quote vender 27-11-2025 08:25 PM
Bapak dia sakit tua? Huhu..mahathir 100 tahun pun masih bawa kereta lagi..
Quote vender 27-11-2025 08:36 PM
Statement dia kat artikel ni semua delulu.

Hadiah pd arwah: imamkan solat jenazah.anak suhaimi saad tu kecik lagi dh imamkan..
Mandi tanpa segan: takleh brain aku..
Punca kematian: sakit tua? Uzur sbb berusia? Dah tau bapak tu berusia hadap juga duit bapak..
Haduiii..mentaliti dia..childish.
Quote Samerosie 27-11-2025 08:40 PM
vender replied at 27-11-2025 08:36 PM
Statement dia kat artikel ni semua delulu.

Hadiah pd arwah: imamkan solat jenazah.anak suhaimi saa ...

Iols dah x lalu nak lahar dia dah haha sakit tua apa nya, bermacam penyakit kan bengkak janyung, gastrik, asma dan ntah apa2 lagi.
Quote red_velvet 27-11-2025 11:03 PM
1000348113.jpg
1000348115.jpg
Quote Moyangkucing 28-11-2025 12:02 AM
Patutnya hutang2 arwah tu ko yg tolong bayar kan.. nak lari dari tanggungjawab minta org halalkan...  Senang nya hidup.
Quote doubleA 28-11-2025 12:43 AM
Iols istigfar jela mampu baca statement2 dan caption dia ni. Memang tak matang langsung walau dah berumur. Asyik meratib suruh org halalkan hutang arwah. Ikut penghutang tu la kalau dia nak jugak hutang dia ko kena usaha bayar. Nampak sgt arwah pun tak tinggalkan apa2 harta sampai berhutang. Hutang arwah biasanya dibayar guna duit arwah jugak, kalau takda, anak2/waris akan usaha juga. Ni belum kira fidyah/badal umrah haji (utk yg mampu), takkan fidyah pun ko nak minta pusat zakat “halalkan”? Tak kesian kt arwah ke. Merepek tol la dia ni ko masa sekolah dulu berangan ke
Quote doubleA 28-11-2025 12:44 AM
Moyangkucing replied at 28-11-2025 12:02 AM
Patutnya hutang2 arwah tu ko yg tolong bayar kan.. nak lari dari tanggungjawab minta org halalkan... ...

Iols pun nampak dia nak senang je. Sampai asyik ulang2 suruh org halalkan hutang arwah, gamaknya dgn hutang dia dan kakak dia sekali kot atas alasan arwah dah meninggal. Pelik tol pemikiran dia ni umur dah lanjut pun, delulu ke
Quote red_velvet 28-11-2025 01:19 AM
Saya dan kakak masih belajar dan tiada pendapatan.

Tak malu ke cakap camni weh?? Masa bapak ada mengharapkan ehsan orang tolong bayar tunggakan sewa rumah.. Pastu tak Segan silu bila ada yg offer arwah berlakon blik sedangkan fizikal arwah cukup  uzur n tak mampu.. Sebagai anak lelaki takde rasa malu ke tak sudah2 Mohon ihsan?? Pergi kerja full time la bodo, belajar tu buat la part time. Dalam dunia ni ko ingat ko sorang je ke dapat dekan?? Adoi pelik betul la.  Pastu tak Segan silu kata segala duit arwah memang utk membantu besarkan dia n kakak dia.. Ya Allah korang ni takde maruah ke dah tua renta mengikis duit bapak yg tak seberapa?
Quote Burong_Hantuk 28-11-2025 02:08 AM
Nnti klu aku Komen,ada sekor ustazah forum sesat suruh aku taubat & istigfar..tapi anak2 arwah mmg muka x tau malu
Quote lostnfaun 28-11-2025 07:55 AM
red_velvet: Saya dan kakak masih belajar d ...


Betul tue, tak boleh brain umur dah lewat 30an masih lagi dgn ayat sedang belajar, tiada pendapatan.

Budak yang umur 20an pun sambil belajar ada juga buat kerja part time.

Umur dah nak hujung 30an baru nak kerja, alamatnya memang ko tertinggal jauh la dgn budak Gen Z nie.

Syg betul dia & kakak sia² kan umur muda tiada apa². Myb diorg nie guna berpegang istilah 'better late than never' gaknya... Haha
Quote Purestteam1 28-11-2025 08:07 AM
biasanya org mintak halalkan makan/minum... hutang jumpa pewaris utk dilunaskan...


tapi yg ni mintak halalkan makan, minum n hutang... ermm
Quote maharani_gebu 28-11-2025 08:48 AM
Bapak dah takde dah blhlar cari rumah yang "mampu bayar"

Tayahlah acah-acah nak dok kondo sedangkan idup ko atas ehsan orang ramai..

Berpijaklah di bumi yg nyata dik...

And bapak ko meninggal bukan sebab sakit tua yer... he baru 68 thn.. sakit tua kalau 80tahun ke atas...

Apak ko meninggal sebab depression... anak-anak dah tua bangka tp still belum ada akaun KWSP
Quote kuzaime 28-11-2025 09:02 AM
Pagi2 jemahat aku dah rasa nak mencarut2
Kenapa nak ada rasa 'segan' mandikan arwah bapak sendiri?? Jantina pun sama. 1 lagi bab hutang, sesedap anak tekak dia aje mintak orang halalkan!! Umur dah kertu pun tolonglah bertindak, bercakap tu selari dengan umur
Quote asfaz 28-11-2025 09:37 AM
red_velvet replied at 27-11-2025 11:03 PM

Hahahahahahaa...selalunya anak2 or waris minta jumpa diaorg klau ada arwah berhutang.
Yg ni mintak halal??? Masa arwah bapak kau hidup kenapa tak cari kerja elok² buat partime belajar? Takde la arwah berhutang.
Hutang tu berapa rm,kalau ribu²? Igt org bagi pakai daun ,dpt duit sembur air liur aje??

Quote asfaz 28-11-2025 09:42 AM
lostnfaun replied at 28-11-2025 07:55 AM
Betul tue, tak boleh brain umur dah lewat 30an masih lagi dgn ayat sedang belajar, tiada pendapata ...

Anak ai,setiap minggu berulang sb buat part time kat tpt kerja lama. Umur baru 18. Belajar kat N9 balik Selangor. Tak jauh tpi makan la jugak 2-2 1/2jam.
Hbs solat jumaat ,balik,balik sana Ahad.
Yg ni dah beruban segala bulu badan ,masih belajar tkde duit. lepasni makan minum belajar rumah nak jual cerita simpati apa pulak?
Baik bantu anak2 yatim or yg betul2 susah. Ni bukan susah tpi PEMALAS.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073753 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top