CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Nubhan, Afifah Hidayah Dapat Hak Penjagaan Penuh Tiga Anak

27-11-2025 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1098| Komen: 18

I


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah meluahkan rasa sukur apabila hak penjagaan tetap terhadap tiga anak berpihak kepadanya.

Memetik Harian Metro, Dr Fie berkata keutamaan adalah pada anak-anak serta berterima kasih kepada Nubhan kerana banyak memberi kerjasama kepadanya untuk mendapatkan hak jagaan penuh anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, saya syukur sangat dan amat gembira hari ini. Apa-apa pun keutamaan saya tetap pada anak-anak. Jadi, Alhamdulillah anak-anak saya akan kembali dengan sayalah.

“Selama ini pun, untuk kes (hadanah) ini membabitkan perbincangan antara peguam sahaja,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Dr Fie berkata pihak ibu sememangnya layak untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak dan prosiding berjalan lancar.

“Pada pandangan saya, pihak ibu pun mempunyai kerjaya yang baik dan semestinya layak untuk penjagaan anak-anak. Mungkin pandangan itu diambil kira. Pihak bapa pula, selalu keluar bekerja dan sebagainya.


“Kecuali kalau ada kekurangan di pihak ibu, tapi ini kosong. Jadi sebab itu semua berjalan lancar dan hari ini adalah prosiding perbicaraan pertama dan kita sudah selesaikan semuanya,” katanya.


Sumber :- Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 27-11-2025 06:57 PM
Tanya jaa...Dah tuuu knp time jadi wakil lawyer HR tokdin kalah pasal hadanah?
Quote AWEKSAMURAI 27-11-2025 07:16 PM
Tahniah sister... Dh dpt hak jagaan jgn ikut perangai janda sekor tu x bg suami jumpa ank.
Quote naina 27-11-2025 07:29 PM
Dagu dia senget betol ya
Doktor gigi pun tak nak betolkan gigi
Ish aku ni memang nampak gigi dulu tau kalau tengok orang..
Quote Incanto 27-11-2025 07:41 PM
Edited by Incanto at 27-11-2025 07:43 PM
orkid_amani replied at 27-11-2025 06:57 PM
Tanya jaa...Dah tuuu knp time jadi wakil lawyer HR tokdin kalah pasal hadanah?

sebab HR bipolar dan takde kerja tetap

ngai plak sewel tp takde rekod sepital mental, dan dia ibu




Quote Tinot7 27-11-2025 07:47 PM
Tahniah..
Quote cm_vungtau 27-11-2025 08:03 PM
Edited by cm_vungtau at 27-11-2025 08:34 PM

Harap jaga sesama la. Sian anak yang tak jumpa bapak kang jadi daddy issues. Yang lelaki benci ke bapak, yang perempuan dok mencari boipren.
Quote akies 27-11-2025 08:21 PM
Oklah doc. Dh dpt hak penjagaan.
Moga baik2 shj hubungan dengan ex.
Sama2 jaga anak2
Quote vender 27-11-2025 08:30 PM
Edited by vender at 27-11-2025 08:31 PM
naina replied at 27-11-2025 07:29 PM
Dagu dia senget betol ya
Doktor gigi pun tak nak betolkan gigi
Ish aku ni memang nampak gigi dulu ta ...


Dia senget kat rahang chuols. Bukan gigi. Gigi dia cantik je..
Nak betulkan rahang tu kena plastic surgery lah kan..
Si noob jaw ke depan, dia ni agak senget. Sepadan dah tu..
Quote Purplehaz 27-11-2025 09:28 PM
nasib baik tak berebut anak2, mls agaknya nk berebut.
Quote orkid_amani 27-11-2025 10:01 PM
Incanto replied at 27-11-2025 07:41 PM
sebab HR bipolar dan takde kerja tetap

ngai plak sewel tp takde rekod sepital mental, dan dia ibu

Yg kaya tokdin laa.. confirm berkepuk2 tuu duit masuk..2kes kan dgn tokdin.. tokdin ni mmg favourite retis kan..
Quote Incanto 28-11-2025 12:21 AM
orkid_amani replied at 27-11-2025 10:01 PM
Yg kaya tokdin laa.. confirm berkepuk2 tuu duit masuk..2kes kan dgn tokdin.. tokdin ni mmg favouri ...

PSL pun guna tok din
Quote cm_vungtau 28-11-2025 08:32 AM
First time loyer Bedin ni menang tapi entah2 memang Nub nak kasi pun. Selama ni macam sendu aje kes2 yang dia ambik. Hype je lebih. Dulu Sol pun settle luar aje bab nafkah.
Quote pocongkiutss 28-11-2025 08:47 AM
cm_vungtau replied at 28-11-2025 08:32 AM
First time loyer Bedin ni menang  tapi entah2 memang Nub nak kasi pun. Selama ni macam sendu aj ...

Bukan ke dia bnyk je menang kes? Paling hina skali iols rasa tang hibah tu..cam siyel main ngelat nokssssss...yg kes hibah bini bayar..bila laki mati..mak mertua nk tuntut..pastu cara menang mmg cam siyellllllllllll ..guna sivil pastu hantar kat alamat lama yg mmg bini tak duduk situ..mmg jahat gila..since kes tu iols mmg lost respect kt pokcik ni
Quote pocongkiutss 28-11-2025 08:49 AM
Purplehaz replied at 27-11-2025 09:28 PM
nasib baik tak berebut anak2, mls agaknya nk berebut.

Dah ada org baru nak suapkan makan..buek apo nk berebut..bagi jelah ex jago..ex tu pun obses kat dia .so no gado2 la
Quote pocongkiutss 28-11-2025 08:49 AM
orkid_amani replied at 27-11-2025 10:01 PM
Yg kaya tokdin laa.. confirm berkepuk2 tuu duit masuk..2kes kan dgn tokdin.. tokdin ni mmg favouri ...

Iols dh hilang respect kat dia since kes hibah tu..cara menang mmg jahat nakmampos
Quote orkid_amani 28-11-2025 05:11 PM
pocongkiutss replied at 28-11-2025 08:47 AM
Bukan ke dia bnyk je menang kes? Paling hina skali iols rasa tang hibah tu..cam siyel main ngelat  ...

Laaaa kes hibah tu lawyernya tokdin ka? Nasib baik mmg dapat sbb hak balu kan hibah tu.. hibah kalau fight dekat civil court mmg laa boleh menang tp kan tu urusan agama..mana boleh ke civil court.. mmg hati kering muka xmalu yaaa family yg cabar hibah tu
Quote orkid_amani 28-11-2025 05:12 PM
Incanto replied at 28-11-2025 12:21 AM
PSL pun guna tok din

Bukan case settle luar court ka? Rasanya SY malas nk turun naik court buang duit bayar lawyer..dia kan kedekutt
Quote Incanto 28-11-2025 06:54 PM
Edited by Incanto at 28-11-2025 06:55 PM
orkid_amani replied at 28-11-2025 05:12 PM
Bukan case settle luar court ka? Rasanya SY malas nk turun naik court buang duit bayar lawyer..dia ...

ye...tapi PSL guna tokdin utk present kes kat mahkamah

masa nak saman irakazar

tp sol agree ceraikan dgn syarat PSL tarik balik saman

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.033911 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top