CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah runtuh di Pulau Jarak, TLDM selamatkan 9 mangsa

27-11-2025 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 661| Komen: 7

 


PETALING JAYA – Sembilan orang awam yang terkandas di Pulau Jarak akibat kejadian tanah runtuh dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi hasil tindakan pantas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

TLDM dalam kenyataan hari ini berkata, hujan lebat dan cuaca ekstrem menyebabkan insiden tanah runtuh di pelbagai lokasi di Pulau Jarak, sekali gus mengancam keselamatan anggota bertugas dan orang awam di pulau berkenaan.

“TLDM menerima laporan mengenai sembilan orang awam yang sedang melaksanakan kerja senggaraan suar terkandas di pulau tersebut.

“Sebuah helikopter Super Lynx diatur gerak bagi melaksanakan pemindahan dari lokasi yang dinilai tidak lagi selamat diduduki.

“Melalui tindakan pantas serta koordinasi rapi, kesemua mangsa terkandas berjaya diselamatkan seterusnya dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi tersebut,” katanya.

Dalam masa yang sama, TLDM turut terlibat dalam kerja-kerja menyelamatkan 19 mangsa bot karam di perairan Pulau Perak, Langkawi.

Katanya, Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11 pagi semalam selepas menerima laporan sebuah bot karam akibat cuaca buruk.

“Kesemya 19 mangsa ditemui termasuk seorang mangsa yang disahkan meninggal dunia.

“Mangsa yang terselamat diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan kapal sebelum dibawa ke daratan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Susulan dua insiden itu, TLDM mengingatkan komuniti maritim supaya lebih berhati-hati untuk keluar ke laut dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Jelasnya, kapal yang digunakan hendaklah berada dalam keadaan baik dan mampu beroperasi sesuai dengan keadaan perairan Selat Melaka yang agak bergelora.

“Tambahan, angin kencang dan hujan lebat mampu meningkatkan risiko ombak tinggi serta penglihatan yang terhad.

“Demi keselamatan, orang ramai dinasihatkan mematuhi amaran cuaca dan mendapatkan maklumat awal dari pihak berkuasa sebelum keluar ke laut,” ujarnya.  


Sumber :– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 28-11-2025 06:27 AM
innalillahi wainnailaihi rojiun
Quote Samerosie 28-11-2025 08:39 AM
Ni bukan pulau yg dulu penjara tu ke? Apa development ada kat pulau ni sampai boleh ada landslide teruk betul la.
Quote tungkai 28-11-2025 11:27 AM
Pulau Jarak ni sama function cam Pulau Perak tu ka? Utk ketenteraan?
Quote sharlenetexas 28-11-2025 08:42 PM
Pulau jarak bukan pulau jerjak.


Quote mehmet 29-11-2025 02:00 AM
Cameron Highlands selamat ?
Quote sharlenetexas 29-11-2025 04:09 AM
mehmet replied at 29-11-2025 02:00 AM
Cameron Highlands selamat ?

Tanah runtuh. Ngeri tengok apartment tu.





Quote Decaffeinated 29-11-2025 09:22 AM
Musim monsun timur laut tapi selat melaka yang bergelora.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.042055 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top