CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

500 rakyat Malaysia masih terkandas di Hatyai

27-11-2025 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 291| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 rakyat Malaysia masih terkandas di Hatyai, Thailand sehingga semalam berikutan bencana banjir di kawasan tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berdasarkan rekod, hampir 27,199 rakyat malaysia telah pulang dari Thailand sejak 22 hingga 25 November lalu.

“Laporan saya terima, seramai 177 lagi rakyat Malaysia telah pun diselamatkan pagi ini.

“Jabatan Imigresen merekodkan 2,204 rakyat Malaysia menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai usaha kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Selatan Thailand akibat banjir.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, ketika ini terdapat sekumpulan pensyarah dan pelajar Malaysia masih terperangkap di sebuah hotel di bandar lama Hatyai.


Menurut beliau, kawasan tersebut berhampiran sungai dan arus yang amat deras menyebabkan tiada kenderaan boleh memasuki kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau dimaklumkan hujan di kawasan itu telah berhenti semalam dan pasukan penyelamat telah pergi untuk menyelamatkan mereka pagi ini.  


Sumber :– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 27-11-2025 06:46 PM
Nape semua thread banjir tahiland guna gambar yang sama
Quote kakikuDibibirmu 27-11-2025 06:52 PM
Baharu nak pergi masat-masat

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.038951 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top