CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa banjir ugut anggota penyelamat guna senjata api

26-11-2025 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 664| Komen: 13

 


BANGKOK – Seorang lelaki Thailand yang terperangkap dalam banjir besar di Hatyai, wilayah Songkhla, melepaskan tiga das tembakan ke udara untuk mengugut anggota-anggota penyelamat, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dia berbuat demikian ke atas pasukan penyelamat yang menaiki jet ski kerana percaya mereka terlewat datang menyelamatkannya.

Salah seorang penyelamat dikenali sebagai Tee Inkjet dari wilayah Surat Thani memuat naik kejadian itu di akaun Facebook miliknya.

Dia menceritakan konfrontasi tersebut ketika operasi dijalankan sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam. 

Anggota penyelamat itu turut berkongsi gambar jet ski dengan kapsyen menyeru penduduk supaya bertenang.

“Saya bawa 300 kotak makanan tetapi semuanya habis selepas hanya melawat tiga buah rumah kerana terlalu ramai orang berada di dalamnya. Saya terkejut mendengar bunyi tembakan di belakang saya,” katanya.


Anggota penyelamat itu kemudian membuat hantaran kedua dengan menyatakan bahawa dia datang dari Surat Thani untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Songkhla dan tidak menyangka akan diugut dengan tembakan.

“Saya sedang mengemas jet ski dan pulang ke kampung, maaf,” tulisnya.

Identiti penembak belum didedahkan, tetapi kejadian itu menyebabkan anggota penyelamat diselubungi perasaan trauma. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-11-2025 02:48 AM
Ganasnya macam amerika. Main tembak2 je.


Quote nisako 27-11-2025 07:43 AM
teruknye
Quote supernaturalee 27-11-2025 08:14 AM
tinggal je

biar die mereput sorg2

ngengade ek

org dh dtg nk bg bantuan, die main tembak2 plk


Quote annehuda 27-11-2025 09:05 AM
“Saya bawa 300 kotak makanan tetapi semuanya habis selepas hanya melawat tiga buah rumah kerana terlalu ramai orang berada di dalamnya. Saya terkejut mendengar bunyi tembakan di belakang saya,” katanya.

Rumah apa dia pegi ni rumah urut ke?
Quote PULANGKAN 27-11-2025 09:19 AM
dah macam movie titanic
Quote PULANGKAN 27-11-2025 09:20 AM
annehuda replied at 27-11-2025 09:05 AM
“Saya bawa 300 kotak makanan tetapi semuanya habis selepas hanya melawat tiga buah rumah kerana ter ...

maybe jiran-jiran semua tumpang kat rumah yang tak tenggelam kut. lagi2 yang ada orang tua dan anak kecil
Quote prettyuglybabe 27-11-2025 10:34 AM
annehuda replied at 27-11-2025 09:05 AM
“Saya bawa 300 kotak makanan tetapi semuanya habis selepas hanya melawat tiga buah rumah kerana ter ...

kan.. takkan ada 100 orang dalam satu rumah tu..
sorang amik 1 kotak?
gila punya selfish tamak..

Quote Purplehaz 27-11-2025 12:47 PM
Malaysia juga yg bagus, ada Nadma, Apm, Rela, bomba semua aset2 yg siapsiaga, ada penempatan sementara mangsa2 banjir.
Quote Purplehaz 27-11-2025 12:49 PM
dapat duit, mknn, kesihatan semua tip top dari dulu. Belum pernah org ngamuk masa banjir ni.
Quote mejaputih 27-11-2025 12:52 PM
Purplehaz replied at 27-11-2025 12:47 PM
Malaysia juga yg bagus, ada Nadma, Apm, Rela, bomba semua aset2 yg siapsiaga, ada penempatan sementa ...

Kita dah belajar dari pengalaman banjir besar 2014 dulu..it was so chaos, ramai yg terkorban..rasa nk nangis bila ingat balik...
Quote Purplehaz 27-11-2025 01:51 PM
Edited by Purplehaz at 27-11-2025 01:53 PM

paling kesian pjlr2 yg terperangkap, semoga aset kita boleh dtg bantu.
Quote Decaffeinated 27-11-2025 03:23 PM
Identiti penembak belum didedahkan

tah mercun ja

bawak 300 kotak habis. naik jetski ja.

baca boleh...


Quote mrsamz 27-11-2025 03:43 PM
pelik ada ramalan bencana 2 hari, tapi gomen tak umum tutup sekolah pun..adakah meolss sorang jahh berasa begituew

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.075386 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top