CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Terengganu terus memburuk menjejaskan enam daerah

26-11-2025 09:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 368| Komen: 4

 


KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu terus memburuk dengan menjejaskan enam daerah di negeri ini kecuali Dungun dan Kemaman.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, setakat ini, mangsa banjir telah meningkat kepada 2,416 orang daripada 7489 keluarga.

Beliau berkata, kesemua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di Marang, Setiu, Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Hulu Terengganu.

“Marang menjadi daerah paling terjejas dengan 1,419 mangsa daripada 441 keluarga berlindung di lapan PPS. Seramai 578 mangsa daripada 174 keluarga berada di 12 PPS di Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBNT berkata, sebanyak enam PPS yang menempatkan 198 mangsa daripada 57 keluarga telah dibuka di Besut.

Beliau berkata, Kuala Terengganu pula mempunyai 88 mangsa daripada 49 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol.


“Seramai 74 mangsa daripada 15 keluarga berada di tiga PPS di Dungun manakala dua PPS yang dihuni 59 mangsa daripada 13 keluarga beroperasi di Hulu Terengganu,” katanya.  

Sumber :– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-11-2025 02:48 AM
Semoga dipermudahkan urusan.


Quote hart_attack 27-11-2025 01:39 PM
Atas tol, teringat nasi dagang Terengganu atas tol.
Quote Zazama 27-11-2025 02:24 PM
Semoga semua yg terkesan diberi ketabahan. Semoga juga segala bantuan dpt selamat sampai kepada mereka di mana juga mereka berada. Amin..
Quote stingerkaypoh 28-11-2025 01:09 AM
Kalau kt Selangor lebai sebab dosa.Kalau kat sini.....hujan lagi ujian.

Tu je nak kabor..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051862 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top